Total Pageviews

Sunday, 29 March 2015

Belog

Hye and hye again

Dah lama en kitorang tak update blog ni

Dah bersawang dah hmm

Actually sekarang ni semua semakin sibuk sigh dengan pelajaran semua

But ada good new from us

One of us ada buat blog baru yang cakap pasal benda yang random

Bukan tu je, kalau dia rajin dia akan buat cerpen (kalau dia rajin)

Soooooooooooo

Nah

Ni linknya

http://gadisberbajumerah.blogspot.com/

Do support this blog gurlz

Support cam korang support blog ni

Thanksss

Luvchualllmucho

Sunday, 2 February 2014

Sejak Dulu Lagi : Bab 4



Setibanya di Restauran 5 bintang,

“Wau, gah gila tempat ni!” kata Myn Mardiana teruja

“Kalau ya pun kau exited, duduklah dulu wahai cik adik” tegur Lya Aisya kepada Myn Mardiana.Lalu, Myn Mardiana duduk, berhadapan dengan Lya Aisya. Mereka berdua telah memilih meja yang boleh diduduki oleh dua orang sahaja.

“Lya” kata Myn Mardiana

“Apa” balas Lya Aisya dengan selamba

“ Takpa ke kita pakai baju camni? Dah lah pakai baju time jogging tadi? Pastu aku tengok semua orang kat sini pakai baju formal.Kalau aku tahu kau bawak tempat macam ni, aku dah pakai dah baju yang sesuai macam tempat ni”

“Alah, biarlah. Kita makan pakai duit kita kan? Bukan duit diorang. So, tak jadi masalah.” balas Lya Aisya dengan tenang.Myn hanya terdiam dengan jawapan yang telah Lya berikan
Kemudian, tiba seorang pelayan datang meminta pesanan

“May I have your order”tanya pelayan tersebut

“Weyh, kau nak makan apa?”tanya Lya Aisya kepada Myn Mardiana

“Aku tengok restaurant ni macam mahal je.Ermm, bagi aku air kosong dan sandwich jela” balas Myn Mardiana kerisauan.

“Beri saya 2 nasi ayam special bersama 2 gelas air….” Kata Lya setelah Lya teringat yang Nasi Ayam merupakan makanan kegemaran kawannya

“Yes,air apa cik?”

Lalu Lya Aisya bangun dan membisik pelayan  tersebut.Myn Mardiana hanya berdiam diri sahaja setelah melihat reaksi Lya Aisya seperti merahsiakan sesuatu itu.Myn Mardiana hanya berkerut seribu kehairanan.

“Ish, risau pulak aku dibuatnya,dah lah restaurant ni nampak gah! Mesti harga pun ‘gah’ jugak! Aku dah lah tak bawa duit banyak sebab nak jogging je. Lya pun satu, aku minta sandwich, dia pergi order nasi ayam special” bisik hati Myn Mardiana tidak puas hati.Myn Mardiana hanya merenung panjang sahaja.

“Wei, asal termenung ni? Tak baik tau, nanti rezeki lari”

“Argh, kau.Memandai aje.Takdalah, kau order air apa tadi sampai kena bisik-bisik?”

“Ada la” jawab Lya Aisya selamba samba mengangkatkan kedua-dua keningnya

“Ouh, Kau nak suruh pelayan tu taruk ubat tidur eh”

“Astargfirullahalaadzim, mengarut lah kau ni! Agak-agak lah wei.Kau lah BFF aku walaupun baru kenal seminggu tau. Tapi, tak tahulah kalau kau anggap aku kawan biasa sahaja”Kata Lya Aisya selamba. Ya, mereka berdua memang rapat walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain selama seminggu.Mereka memang rapat sejak pertama kali bertemu lagi.Mereka telah mengenali antara satu sama lain seperti 5 bulan lamanya.Tak, mungkin bukan 5 bulan tetapi mungkin setahun.Ya, sudah mengenali perangai, hobi ,dan juga rahsia mereka.

“Ouh, yeke? Thanks beb. Aku pun tak sangka walaupun kita baru kenal seminggu tapi kita boleh jadi bestfriend”Kata Myn Mardiana gembira

“Haha, betul tu! By the way, ko dah mesej ke sepupu kau suruh deleted gambar aku tu?”

“Dah, tapi dia gelak dan dia kata dia taknak deleted gambar tu.Sorry”

“Kau jangan.Baik kau paksa dia suruh padam gambar tu”

“Kalau aku tak suruh?”

“Kau tahu kan yang aku mahir dalam bidang mempertahankan diri kan? So, beware.”kata Lya Aisya sambil membuat isyarat dengan menumbuk tangannya sambil tersenyum jahat.

“Ouh, okay,okay. Aku akan cuba paksa dia”kata Myn Mardiana

“Haha, tahu takut” sindir Lya Aisya

“Tapi, kalau dia taknak padam jugak.Macam mana?”

“Alah, senang ja.Bagi aku alamat rumah dia and gambar dia.”

“Ouh, okay takpa lah. Aku guna jalan kedua jela”

“Apadia?” soal Lya Aisya

“Ermm, kebetulan aku ada rakam tadi waktu kau ajar budak Suhada and the geng tu.Hehe, jangan marah. So, aku nak tunjuk video tu dekat dia and kalau dia taknak padam jugak aku call kau, boleh?”

“Hah, kau rakam? Boleh, tapi kenapa kau tak send je video tu, lagi senang”

“Lya, cubalah kau fikir kehadapan sikit.Kalau aku send video tu, kalau sepupu aku upload dalam youtube macam mana?”

“Hah, jawapan yang bagus.Aku saja je nak uji kau. Kau ni genius jugak”

“Haha, ofcours lah genius.”jawab Myn Mardiana bangga

“Yela, genius macam aku”

“Eleh, pigilah. Angkat bakul sendiri saja” balas Myn Mardiana tidak puas hati.

“Hehe, weyh aku nak tengok video tu?”

Myn Mardiana pun menghulurkan telefon blackberry itu kepada Lya Aisya. Lya Aisya yang sedang melihat video itu hanya ketawa kerana baru perasan bahawa muka Suhada seperti hendak menangis.Muka kawan-kawannya juga pucat seperti sedang melihat hantu.

“Aik, kau gelak sebab tengok diri kau  ke tengok si Suhada and the geng?

“Dua-dua”kata Lya Aisya sambil tersengih

“Aku tak tahu pulak yang gaya aku macam ketua gangster” sambung Lya Aisya sambil memulangkan telefon itu.

“Itulah pasal, aku pun terkejut tengok kau macam tu”

“Haha, kita kena lah tambah lebih ‘action’ macam aku buat gaya gangster baru lah orang tak pijak balik kepala kita.”Kata Lya Aisya

“Betul tu. Betul”

Kemudian, datang seorang pelayan dengan membawa 2 pinggan nasi ayam special  bersama dengan Air yang dipesan oleh Lya.Pergh, aromanya memang membuat perut memainkan lagu dengan lebih rancak lagi.

“Wau, air apa  ni Lya?”soal Myn Mardiana setelah terkejut melihat air yang di order oleh Lya mempunyai 7 lapisan dan warna.

“Air Pelangi.Atau lebih dikenali sebagai Rainbow Juice.Minumlah”

Setelah membaca doa makan bersama-sama.Lya Aisya pun minum air tersebut. Lya Aisya hairan kerana rakannya hanya melihat dirinya sahaja.

“Kenapa kau tak minum air tu?”soal  Lya Aisya kehairanan

“Aku takut kau taruk ubat tidur.” Jawab Myn MArdiana selamba

“Ngek,kalau tak percaya kita tukar air. Tapi aku dah minum dah sikit air tu.”

“Ok, takpa.”

“Tapi, aku nak straw aku.”Kata Lya Aisya

“Ok” balas Myn Mardiana dengan segera

Lalu mereka pun menukar air mereka dan menjamu selera dengan penuh kenikmatan.Setelah selesai menjamu selera

“Alhamdulillah, nikmatnya dapat makan.”kata Myn Mardiana gembira.Lya Aisya hanya tersenyum gemberi kerana puas hati melihat rakannya gembira dapat makan bersamanya.Lalu, Lya Aisya   memanggil pelayan untuk dibayar.

“Nah duit, aku dapat bagi banyak ni  saja.Nanti aku bayar balik”kata Myn Mardianan sambil meghulurkan duit 20ringgitnya itu.

“Takpa, kan aku dah cakap yang aku nak belanja kau tadi”kata Lya Aisya sambil menolak duit yang dihulur oleh Myn Mardiana.Kemudian, Lya Aisya menghulur duit 10 ringgit yang digulung itu kepada pelayan tersebut.

“Weyh, takkan lah harga nasi ayam special dengan air special ni 10 ringgit saja”

“Mana boleh bagi tahu berapa hargannya.Rahsia ok”jawab Lya Aisya dengan selamba.

“Huh, nasib aku dah selit awal-awal 100 ringgit dalam 10 ringgit yang digulung tu.Kalau Myn tahu mesti dia tak bagi aku belanja dia lagi” omel hati kecil Lya Aisya.

“Ouh,jom lah balik”kata Lya Aisya

Semasa didalam kereta

“Weyh”kata Lya Aisya sambil menyiku Myn Mardiana

“Hrrmm” jawab Myn kemalasan kerana kenyang

“Kau kenal tak siapa Suhada and the geng tu”

“Kenal.Dia peminat Eiz sejak sekolah rendah lagi.Dia memang minat gila dekat Eiz sejak darjah empat lagi”

“So?”

“So, Eiz tak terima and tak layan dia sebab Eiz dah ada girlfriend time tu.Girlfriend dia Wani.”

“Haih, kecil-kecil pun dah berGirlfriend-boyfriend?”

“Yup.Eiz setia gila sedangkan perempuan tu suka gitu gitu saja”

“So,suhada memang tunggu Eiz sejak dulu lagi lah?”

“Yup! Pernah hari tu si Wani sound Suhada. Then,Suhada tekad dia akan dapatkan Eiz.Sampailah sekarang Suhada tak  dapat-dapat.Tu pasal lah dia serang kau pagi tadi”

“Ouh, nice story”

“Kau nak tahu sesuatu tak?”

“Apadia?”

“Aku beruntung gila kali ni”

“Sebab?”

“Sebab aku dapat naik kereta BMW nil lah!”

Lya Aisya hanya tersengih sahaja

“Tapi kau lagi beruntung, dapat naik kereta ni tiap-tiap hari”sambung Myn

“Alhamdulillah.Aku bersyukur.Tapi, aku lebih suka naik basikal tiap-taip hari pergi sekolah macam kau”

“Hah? Sebab?”

“Sebab dapat menjaga kesihatan diri”

“Hrmm, yela. Tapi aku bukan naik basikal tiap-tiap hari pun.Aku naik  sebab motor aku kena curi”

“Ouh, kesian kau.Habis tu, kau pergi taman tadi naik apa?”

“Naik kereta. Kereta ayah aku, tapi sepupu aku yang pandu sebab aku tak pandai”

“Ouh” kata Lya sambil menggangukkan kepalanya

Setelah beberapa minit kemudian,tibalah dirumah Myn Mardiana.

“Thanks dear sebab hantar aku balik dan belanja aku”

“Eleh, small matter je lah”Kata Lya Selamba

Lalu pintu tersebut dibuka oleh pemandunya.Kemudian ditutup setelah Myn Mardiana keluar daripada kereta tersebut.Cermin tingkap dibuka denga penuh cermat lalu dilambai dengan penuh perasaan gembira.

Saturday, 18 January 2014

Sejak Dulu Lagi : Bab 3




Setelah bersiap-siap dan bersalaman dengan ibu bapanya, Lya Aisya bergegas menaiki kereta BMW yang mewah itu.
            “Cik Muda nak saya hantar ke mana?” tanya pemandu tersebut
            “Kan saya dah cakap tak payah panggil saya Cik Muda, saya tak suka! Macam orang kaya berlagak sombong pula. Lagi satu, panggilan tu terlalu formal.”Kata Lya Aisya
“Tapi…Cik Muda kan anak kepada Dato Rayyan? Jadi Cik Muda memanglah orang kaya.”
            “Ya, memang saya anak kepada Dato Rayyan, tapi ayah saya yang kaya bukan saya. Kalau panggil saya Cik Muda lagi, saya takkan teragak-agak untuk pecat!”
            “Baiklah Cik…”
            “Panggil saja Cik Lya. Cik Muda tu terlalu formal dan buat saya rasa kekok.”
            “Baiklah Cik Lya. Cik Lya nak pergi mana ya?”
            “Hantar saya dekat taman macam biasa”
            “Baiklah Cik Lya”
            “Tapi Cik Lya, takpa ke saya panggil cik macam ni, saya takut dan risau jika Dato Rayyan marah saya.”
            “Takpa,ayah takkan buat macam tu. Lagipun, ayah tak suruh pun panggil saya Cik Muda tu. ”
Begitulah sikap keluarga Lya Aisya. Tidak suka menunjuk. Tak ramai pun tahu yang Encik Rayyan mempunyai gelaran Dato, hanya orang yang berkerja bersamanya di Syarikat Third Holdings SDN.BHD sahaja yang tahu.Lya Aisya seperti biasa memakai tudung bawal putih,baju t-shirt putih disarung jaket biru dan berseluar track lalu memakai headphonenyya itu. Tidak hairanlah kalau orang sekeliling melihat Lya Aisya seperti dari golongan orang yang berserdehana.
            “Cik Lya?” tanya pemandunya
            “Cik Lya oh Cik Lya?” sambungnya lagi
            “Hah, ya saya?”jawab Lya Aisyah terkejut
            “Kita dah lama dah sampai di taman”kata pemandunya
            “Ouh, ya ke? Maaf, khusyuk sangat dengar lagu tadi”balas Lya Aisya
Lya Aisya bergegas keluar daripada kereta mewah itu, seperti biasa dia akan duduk di bangku dimana Lya Aisya dan Rina Asnida bertemu.Lya Aisya melihat sekeliling, orang yang Lya Aisya ingin bertemu tiada lagi.Lya Aisya segera mengambil telefon pintar Iphone-5 itu dari poketnya lalu menelefon kawannya beberapa kali tetapi tidak di jawab.Lalu Lya Aisya dengan segera meghantar mesej
            Assalamualaikum Rina, kenapa aku call kau tak jawab? Kau dekat mana ni?”tanyaLya Aisya untuk mendapatkan kepastian samada rakannya dapat datang ke taman seperti yang dijanjikan itu.
            Waalaikumussalam Lya, Sorry lah wey, Aku kat hospital ni, Atuk aku sakit tenat.Itu pasal aku tak jawab sebab aku buat mood silent. So, maknanya aku tak dapat datang, kalau datang pun petang nanti ! Kau tak marah kan?” balas Rina Asnida
            Oh, kalau hal macam ni aku tak marah”balas Lya Aisya,namun dihatinya tetap rasa sedih.Sedih kerana tidak dapat meluahkan lagi perasaannya yang telah lama terpendam selama 6 hari itu.Siapa lagi orang yang Lya Aisya tidak puas hati kalau bukan si Mamat Poyo Perfect tu! Mana tidaknya, selalunya bila ada masalah sahaja terus diluahkan bersama Rina Asnida.Namun,kini tidak lagi.
            Aku dah agak dah! Thanks beb, sayang kau! Lain kali tau cerita pasal Mamat amende entah nama tu, ok?  Bye
Haha!Bukan Mamat Amende Entah la. Panggil saja mamat tu MPP”Balas Lya Aisya sambil tersenyum menahan perasaan  geli dihatinya itu.
            Hehe, manalah aku tahu. Ok, lah. Bye, Assalamualaikum”
Waalaikumussalam” Balas Lya Aisya sambil mengeluh.
“Takkan lah aku nak jogging seorang diri?”soal hatinya
Tiba-tiba,terlintas di fikiran Lya Aisya untuk menelefon Myn Mardiana.
            “Hello Myn, kau free tak sekarang?”
            “Free..boring lah duduk kat rumah.”
            “Baguslah macam tu.Jom jogging dekat taman nak?”
“Ok,tunggu aku tau. Kau pakai baju apa? Senang sikit nak cari kau nanti”
“Aku pakai tudung bawal  putih and jaket biru”
“Ok, set! Aku nak bersiap-siap ni,bye”
“Ok,cepat-cepat sikit tau”
            “Hrmm, ya lah.Ouh,lupa nak bagi tahu. Aku akan datang dengan sepupu aku,kebetulan dia nak pergi taman jugak.Takpa kan?”
            “Oh, takpa.”
            “But don’t worry! Dia takkan ganggu kita, dia akan buat hal dia, dan kita akan buat hal kita!”
            “Ok,ok. Cepatlah bersiap.”
            “Oh, sorry lupa pulak.Bye, Assalamualaikum”
            “Waalaikumussalam”
Sementara menunggu Myn Mardiana,Lya Aisya berjogging bersendirian sambil mendengar lagu.Setelah beberapa minit berjogging,Lya Aisya ternampak seorang perempuan yang bertudung dan melambai kearahnya dari jauh.
            “Hai! Sampai jugak kau  akhirnya!”Kata Lya Aisyah sambil bersalaman dengan Myn Mardiana
            “Haha,  lama ke kau tunggu aku?”
            “Boleh tahan jugak la.By the way, mana sepupu kau tu?”
            “Oh, dia pergi buat hal dia lah”
            “Oh.”
            “so, apa kita nak buat sekarang?”
            “Jomlah jogging sambil bersembang”
Lya Aisya dan Myn Mardiana pun berjogging bersama
            “Hah,baru aku teringat nak tanya”kata Lya Aisya
            “Apa dia?” Tanya Myn Mardiana kepada Lya Aisya
            “Kau kenal si ketua kelas tu sejak bila?”
Myn Mardiana yang mendegar soalan Lya Aisya hanya senyum lebar.Ya, senyum yang mempunyai seribu makna.Lya Aisya hanya berkerut seribu kehairanan
            “Aik, takkan lah dah seminggu berkenalan terus jatuh hati kot? Haha”kata Myn Mardiana sambil ketawa
            “Ahrgh, takda maknanya aku jatuh hati kat MPP tu!”Nafi Lya Aisya
“Hah, apa dia?kau panggil Eiz  MPP,MPP tu apa? Apa yang kau melalut ni? Mp3 aku tahulah, MPP aku tak tahu”
“Kau bagi tahu dulu perangai dia macam mana.Jujur”
“Ok, Zul Ezairi ni seorang yang pandai, bertanggungjawab, peramah, baik hati, tidak sombong and paling penting sekali tidak suka menunjuk”
“What?! Tak suka menunjuk?Dengan aku punyalah angkuh, berlagak sombong!” Nafi Lya Aisya tidak puas hati didalam hati.Myn Mardiana yang melihat riak muka Lya Aisya yang seperti memikirkan sesuatu itu lalu tersenyum lebar.
“Kenapa kau senyum macam tu? Pelik semacam saja”Tanya Lya Aisya setelah perasan riak wajah Myn Mardiana yang tiba-tiba senyum.Perasaan curiga telah melanda diri Lya Aisya.
“Oh, takda pape la. Cuma aku terlupa nak bagi tahu kau something tentang perangai dia”
“Apa dia?”
“Dia seorang yang setia”
“Aih, Myn ni macam nak promote MPP tu dekat aku saja? Memang tak lah aku nak suka mamat yang perasan poyo perfect tu!” omel hati kecil Lya Aisya
“Wait a minit, Mamat Perasan Poyo Perfect? Wau,,aku cipta yang terbaru,MPPP.Hahaha!”bisik hati Lya Aisya sambil ketawa
“Woi, kau dah kenapa? Tiba-tiba saja gelak?”
“Hahh, takda papela.Jap,habis tu kalau setia, kenapa dia putus dengan  Wani tu?”
“Si Wani tu yang minta putus.Alasan dia, dia tak sesuai dan dia dah jumpa yang lebih bagus daripada Eiz”
“Oh, macam tu.”kata Lya Aisya sambil mengganggukkan kepalanya tanda Lya memahami.
“Hah, apa dia maksud MPP tu? Takkan dah lupa kot yang ko nak bagi tahu aku?”tanya Myn Mardiana
“Hehe, sorry lah beb, lupa.MPP itu adalah singkatan untuk Mamat Poyo Perfect! Iaitu gelaran khas aku buat Zul Eizairi bin….”
“bin Redza”sambung Myn Mardiana
“Yup! Betul tu, bin Redza!”
“Ahahaha! Gempak gila la nama yang ko bagi tu! Susah nak cari!”kata Myn Mardiana sambil menepuk tangannya
“Ofcours lah! Inikan Lya.” Lya Aisya tersenyum sambil mengangkat keningnya
            “Weyh, berhenti jap”
            “Kenapa?” riak wajah Lya mula berubahh menjadi pucat
            “Ish, diam sajalah, jangan gerakkan badan kau, biar kaku macam tadi.”
            “Hah,  ke..kenapa?”kata Lya Aisya gagap sambil ketakutan.
            “Aku Nampak sesuatu dekat pipi kau, jap aku nak tangkap gambar nak tunjuk dekat kau, kau berdiri and kaku macam tadi saja”kata Myn Mardiana
Lya Aisya hanya mengikuti sahaja arahan Myn Mardiana itu. Usah dikata muka Lya Aisya macam mana.Pucat sepucatnya.Kalau diperhatikan,nampak air matanya yang jernih itu ditahan daripada menangis.Myn Mardiana dengan segera mengambil telefon pintarnya, blackberry lalu menangkap gambar Lya.
            “Yes! Gotcha! Aku dah dapat pun”jerit Myn Mardiana gembira
            “Kau tangkap apa? Ada sesuatu  ke? Serangga ke dekat muka aku? Atau luka? Sirius sangat ke sampai aku tak boleh bergerak?”pelbagai soalan telah dilontar oleh Lya Aisya dalam keadaan cemas
            “Haha, takda lah. Muka kau saja yang aku tangkap tadi.”
            “Habis tu, kenapa kau suruh aku jadi kaku? Sambil senyum pulak tu.”
            “Hehe, janganlah marah.Aku just exited sangat sebab dapat tangkap senyuman kau bersama kau punya lesung pipit.Itu saja!”terang Myn kepada Lya Aisya.
            “Alahai, tu saja ke? Buat cuak aku je! Bak telefon kau” arah Lya Aisya sambil mendapatkan telefon tersebut.
            “Eh, mana boleh! Ini telefon aku bukan telefon kau!” kata Myn sambil berlari bagi mengelak daripada Lya Aisya mengambil telefonnya itu.Pada mulanya berjogging, kini menjadi acara lumba lari pula.Lya Aisya merupakan etlit perempuan yang mahir dalam semua bidang sukan, terutamanya dalam larian di asramanya dahulu.Tanpa melengahkan masa, Lya Aisya segera mendapati Myn Mardiana dengan memegang bahunya.
            “Okey,okey.Kita duduk dulu.Nanti aku bagi telefon kau”kata Myn Mardiana terucap-ucap keletihan.
            “Hah, mananya gambar tadi?”tanya Lya Aisya
            “Nah,boleh tahan jugaa laju kau lari.Sebelum ni takda siapa pun dapat tandingi aku kecuali kau”kata Myn mardiana menghulur telefonya kepada Lya Aisya.
            “Kelakarkan gambar kau! Dengan muka pucat, buat-buat senyum,berpeluh lagi and kening kau terangkat sebelah”sambung Myn Mardiana ketika Lya Aisya sedang melihat gambar tersebut.
            “Aku nak kau padam gambar tu!”kata Lya Aisya sambil memulangkan telefonnya
            “Taknak!”kata Myn Mardiana sambil menjelir lidah.Lya  Aisya yang tidak puas hati itu lalu merebut telefon tersebut.Tiba-tiba telefon tersebut berbunyi ‘ting’ ketika mereka berebut.Lya dan Myn berhenti seketika.Mereka bersama-sama melihat telefon tersebut..
            “Arghh!!!!!!!! Message was sent? Wey, habislah aku! Hantar dekat siapa ni! Malunya!”Jerit Lya Aisya setelah melihat di skrin telefon rakannya yang memaparkan teks ‘Message was sent’ tersebut.
            “Alamak,hantar dekat..”Belum sempat Myn Mardiana menghabiskan ayatnya,Lya Aisya terus berkata
            “Kenapa? hantar dekat siapa ni? Bagi aku check”kata Lya Aisya cemas sambil mengambil telefon kawannya itu. 
            “My Cousin? Sepupu yang kau cakap tu ke?”soal Lya Aisya
            “Ha’ah…”jawab Myn serba salah
            “Hantar mesej dekat dia and suruh dia delete gambar tu”kata Lya Aisya
            “Okey” jawab Myn dengan ringkas sambil menaip mesej
            “Pergh, harap-harap sepupu kau tak buat perkara yang tak sepatutnya!” kata Lya Aisya cemas sambil berjalan ke hulu dank e hilir.
            “InsyaAllah, tak, aku kenal sangat dia tu. Dai takkan jatuhkan maruah orang dikhalayak ramai.Kalau dia ejek pun, maybe depan kau seorang saja”
            “Apa?Dia kaki ejek ke?”
            “Haha, takdelah aku gurau saja pasal tadi”
            “Ouh, aku…”belum sempat Lya Aisya menghabiskan ayatnya, tiba-tiba datang seorang perempuan yang rambutnya diikat tepi bersama kumpulannya lalu melanggar bahu Lya.Salah seorang daripada  mereka sahaja yang langgar Lya Aisya, 3 orang yang selebihnya hanya mengikut dibelakang perempuan tersebut.Mungkin perempuan tersebut adalah ketua kepada 3 orang yang selebihnya itu.
            “Hoi, jagalah sikit tingkah laku kau tu! Tak payah lah biadap sangat, tak sopan betul!”Jerkah Lya Aisya
“Ouh,jadi kau lah yang dikatakan Budak Baru yang cantik tu?” kata perempuan tersebut.Lalu perempuan tersebut memegang pipi Lya Aisya sambil berkata
“Kau ni takdalah cantik sangat”lalu menolak kepala Lya Aisya.Lya Aisya segera memegang tangan perempuan tersebut lalu memulaskan tangannya sambil berkata
“Kau siapa, umur kau berapa?”
“Argh, sakit lah!”kata perempuan tersebut manahan kesakitan.
“Aku tanya kau siapa, umur berapa”tanya Lya Aisya semula sambil memulas tangan perempuan itu.Kawan-kawan perempuan tersebut hanya melihat sahaja dan tidak berani masuk campur, kerana risau keadaan menjadi lebih teruk.
“A..aku Suhada ,umur aku 15 tahun! Dah , lepas lah!”jerit Suhada
“Aku minta maaf pasal tangan kau”kata Lya Aisya sambil membetulkan semula tangan perempuan tersebut, iaitu Suhada.
“Aku terpaksa buat macam tu sebab kau terlalu biadap.Umur kau baru 15tahun sedangkan aku 17 tahun.Kau datang dengan melanggar bahu tanpa meminta maaf. Kau datang dengan sergah soalan tanpa memberi salam” Kata Lya Aisya menerangkan kesalahan Suhada.Suhada hanya menetap bibir menahan kemarahan
“Dan lagi satu aku nak bagi tahu kau.Aku paling pantang sekali kalau orang tolak kepala aku.Kau, kau, kau dan kau ingat tu!”kata Lya Aisya sambil menunding jari kearah mereka berempat.
“o..okay”kata mereka berempat serentak sambil menganggukkan kepalanya.
            “So, apa tujuan korang datang dekat sini?”tanya Lya Aisya kepada mereka berempat.Lya Aisya kembali duduk bersebelahan Myn Mardiana di bangku tersebut
            “Aaa,takda pape lah.Jom geng ,kita balik” kata Suhada.Niat sebenar yang ingin menyerang Lya Aisya diabaikan.Lalu mereka semua beredar dari situ dengan segera.
            “Fuyo, hebat gila lah kau sampai pucat muka diorang kau kerja kan! Mana kau belajar ni? Kau tak cerita pun dekat aku yang kau mahir dalam bidang mempertahankan diri?”Kata Myn Mardiana teruja sambil menepuk tangannya.Lya Aisya yang berdiri tadi segera duduk bersebelahan Myn Mardiana di bangku tersebut
            “Takkan lah benda ni pun aku nak heboh.Agak-agaklah, kau ni pun.”kata Lya Aisya.
            “Hah, lagi satu.Tolong rahsiakan yang aku ni mahir dalam bidang ni tau”
            “Kenapa?”
            “Ala, tolong la. Please?”
            “Yela,yela”
            “Okay, sayang kau! Nanti aku belanja kau makan.”
            “Yeay! Thanks beb!”
            “Tak, aku sepatutnya yang cakap thanks sebab kau sanggup simpan rahsia aku”
            “Haha, no problem”
Lya Aisya melihat jam tangannya yang tepat pukul 11:30 itu lalu berkata
“Jomlah makan tengahari dekat restaurant.Nak?”
“Aku okay saja”
“Jom lah kita pergi terus? Nak?”
“Boleh jugak, lagi cepat lagi bagus sebab aku tengah lapar ni”
“Ok, Tunggu sekejap aq nak telefon driver aku ”
“Ok,aku nak bagi tahu sepupu aku yang aku tak balik dengan dia”
Lalu, Lya Aisya segera menelefon pemandunya itu.Dalam masa sama juga, Myn Mardiana juga turut menelefon sepupunya.Tidak sampai lima belas minit, pemandunya tiba lalu menjemput mereka berdua masuk.