Setelah
bersiap-siap dan bersalaman dengan ibu bapanya, Lya Aisya bergegas menaiki
kereta BMW yang mewah itu.
“Cik Muda nak saya hantar ke mana?”
tanya pemandu tersebut
“Kan saya dah cakap tak payah
panggil saya Cik Muda, saya tak suka! Macam orang kaya berlagak sombong pula.
Lagi satu, panggilan tu terlalu formal.”Kata Lya Aisya
“Tapi…Cik Muda kan anak kepada Dato Rayyan?
Jadi Cik Muda memanglah orang kaya.”
“Ya, memang saya anak kepada Dato
Rayyan, tapi ayah saya yang kaya bukan saya. Kalau panggil saya Cik Muda lagi,
saya takkan teragak-agak untuk pecat!”
“Baiklah Cik…”
“Panggil saja Cik Lya. Cik Muda tu terlalu
formal dan buat saya rasa kekok.”
“Baiklah Cik Lya. Cik Lya nak pergi
mana ya?”
“Hantar saya dekat taman macam
biasa”
“Baiklah Cik Lya”
“Tapi Cik Lya, takpa ke saya panggil
cik macam ni, saya takut dan risau jika Dato Rayyan marah saya.”
“Takpa,ayah takkan buat macam tu.
Lagipun, ayah tak suruh pun panggil saya Cik Muda tu. ”
Begitulah
sikap keluarga Lya Aisya. Tidak suka menunjuk. Tak ramai pun tahu yang Encik
Rayyan mempunyai gelaran Dato, hanya orang yang berkerja bersamanya di Syarikat
Third Holdings SDN.BHD sahaja yang tahu.Lya Aisya seperti biasa memakai tudung
bawal putih,baju t-shirt putih disarung jaket biru dan berseluar track lalu
memakai headphonenyya itu. Tidak hairanlah kalau orang sekeliling melihat Lya
Aisya seperti dari golongan orang yang berserdehana.
“Cik Lya?” tanya pemandunya
“Cik Lya oh Cik Lya?” sambungnya
lagi
“Hah, ya saya?”jawab Lya Aisyah
terkejut
“Kita dah lama dah sampai di
taman”kata pemandunya
“Ouh, ya ke? Maaf, khusyuk sangat
dengar lagu tadi”balas Lya Aisya
Lya
Aisya bergegas keluar daripada kereta mewah itu, seperti biasa dia akan duduk
di bangku dimana Lya Aisya dan Rina Asnida bertemu.Lya Aisya melihat
sekeliling, orang yang Lya Aisya ingin bertemu tiada lagi.Lya Aisya segera
mengambil telefon pintar Iphone-5 itu dari poketnya lalu menelefon kawannya
beberapa kali tetapi tidak di jawab.Lalu Lya Aisya dengan segera meghantar
mesej
“Assalamualaikum Rina, kenapa aku call kau tak
jawab? Kau dekat mana ni?”tanyaLya
Aisya untuk mendapatkan kepastian samada rakannya dapat datang ke taman seperti
yang dijanjikan itu.
“Waalaikumussalam Lya, Sorry lah wey, Aku kat
hospital ni, Atuk aku sakit tenat.Itu pasal aku tak jawab sebab aku buat mood
silent. So, maknanya aku tak dapat datang, kalau datang pun petang nanti ! Kau
tak marah kan?”
balas Rina Asnida
“Oh, kalau hal macam ni aku tak marah”balas Lya
Aisya,namun dihatinya tetap rasa sedih.Sedih kerana tidak dapat meluahkan lagi
perasaannya yang telah lama terpendam selama 6 hari itu.Siapa lagi orang yang
Lya Aisya tidak puas hati kalau bukan si Mamat Poyo Perfect tu! Mana tidaknya,
selalunya bila ada masalah sahaja terus diluahkan bersama Rina Asnida.Namun,kini
tidak lagi.
“Aku dah agak dah! Thanks beb, sayang kau! Lain
kali tau cerita pasal Mamat amende entah nama tu, ok? Bye”
“Haha!Bukan Mamat Amende Entah la. Panggil saja
mamat tu MPP”Balas
Lya Aisya sambil tersenyum menahan perasaan
geli dihatinya itu.
“Hehe, manalah aku tahu. Ok, lah. Bye,
Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” Balas Lya Aisya sambil mengeluh.
“Takkan lah aku nak jogging seorang
diri?”soal hatinya
Tiba-tiba,terlintas
di fikiran Lya Aisya untuk menelefon Myn Mardiana.
“Hello Myn, kau free tak sekarang?”
“Free..boring lah duduk kat rumah.”
“Baguslah macam tu.Jom jogging dekat
taman nak?”
“Ok,tunggu aku tau. Kau pakai baju apa?
Senang sikit nak cari kau nanti”
“Aku pakai tudung bawal putih and jaket biru”
“Ok, set! Aku nak bersiap-siap ni,bye”
“Ok,cepat-cepat sikit tau”
“Hrmm, ya lah.Ouh,lupa nak bagi
tahu. Aku akan datang dengan sepupu aku,kebetulan dia nak pergi taman
jugak.Takpa kan?”
“Oh, takpa.”
“But don’t worry! Dia takkan ganggu
kita, dia akan buat hal dia, dan kita akan buat hal kita!”
“Ok,ok. Cepatlah bersiap.”
“Oh, sorry lupa pulak.Bye,
Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Sementara
menunggu Myn Mardiana,Lya Aisya berjogging bersendirian sambil mendengar
lagu.Setelah beberapa minit berjogging,Lya Aisya ternampak seorang perempuan
yang bertudung dan melambai kearahnya dari jauh.
“Hai! Sampai jugak kau akhirnya!”Kata Lya Aisyah sambil bersalaman
dengan Myn Mardiana
“Haha, lama ke kau tunggu aku?”
“Boleh tahan jugak la.By the way,
mana sepupu kau tu?”
“Oh, dia pergi buat hal dia lah”
“Oh.”
“so, apa kita nak buat sekarang?”
“Jomlah jogging sambil bersembang”
Lya
Aisya dan Myn Mardiana pun berjogging bersama
“Hah,baru aku teringat nak
tanya”kata Lya Aisya
“Apa dia?” Tanya Myn Mardiana kepada
Lya Aisya
“Kau kenal si ketua kelas tu sejak
bila?”
Myn
Mardiana yang mendegar soalan Lya Aisya hanya senyum lebar.Ya, senyum yang mempunyai
seribu makna.Lya Aisya hanya berkerut seribu kehairanan
“Aik, takkan lah dah seminggu
berkenalan terus jatuh hati kot? Haha”kata Myn Mardiana sambil ketawa
“Ahrgh, takda maknanya aku jatuh
hati kat MPP tu!”Nafi Lya Aisya
“Hah, apa dia?kau panggil Eiz MPP,MPP tu apa? Apa yang kau melalut ni? Mp3
aku tahulah, MPP aku tak tahu”
“Kau bagi tahu dulu perangai dia macam
mana.Jujur”
“Ok, Zul Ezairi ni seorang yang pandai,
bertanggungjawab, peramah, baik hati, tidak sombong and paling penting sekali
tidak suka menunjuk”
“What?! Tak suka menunjuk?Dengan aku punyalah
angkuh, berlagak sombong!” Nafi Lya Aisya tidak puas hati didalam hati.Myn
Mardiana yang melihat riak muka Lya Aisya yang seperti memikirkan sesuatu itu
lalu tersenyum lebar.
“Kenapa kau senyum macam tu? Pelik semacam
saja”Tanya Lya Aisya setelah perasan riak wajah Myn Mardiana yang tiba-tiba
senyum.Perasaan curiga telah melanda diri Lya Aisya.
“Oh, takda pape la. Cuma aku terlupa nak bagi
tahu kau something tentang perangai dia”
“Apa dia?”
“Dia seorang yang setia”
“Aih, Myn ni macam nak promote MPP tu dekat
aku saja? Memang tak lah aku nak suka mamat yang perasan poyo perfect tu!” omel
hati kecil Lya Aisya
“Wait a minit, Mamat Perasan Poyo Perfect?
Wau,,aku cipta yang terbaru,MPPP.Hahaha!”bisik hati Lya Aisya sambil ketawa
“Woi, kau dah kenapa? Tiba-tiba saja gelak?”
“Hahh, takda papela.Jap,habis tu kalau setia,
kenapa dia putus dengan Wani tu?”
“Si Wani tu yang minta putus.Alasan dia, dia
tak sesuai dan dia dah jumpa yang lebih bagus daripada Eiz”
“Oh, macam tu.”kata Lya Aisya sambil
mengganggukkan kepalanya tanda Lya memahami.
“Hah, apa dia maksud MPP tu? Takkan dah lupa
kot yang ko nak bagi tahu aku?”tanya Myn Mardiana
“Hehe, sorry lah beb, lupa.MPP itu adalah
singkatan untuk Mamat Poyo Perfect! Iaitu gelaran khas aku buat Zul Eizairi
bin….”
“bin Redza”sambung Myn Mardiana
“Yup! Betul tu, bin Redza!”
“Ahahaha! Gempak gila la nama yang ko bagi
tu! Susah nak cari!”kata Myn Mardiana sambil menepuk tangannya
“Ofcours lah! Inikan Lya.” Lya Aisya
tersenyum sambil mengangkat keningnya
“Weyh, berhenti jap”
“Kenapa?” riak wajah Lya mula
berubahh menjadi pucat
“Ish, diam sajalah, jangan gerakkan
badan kau, biar kaku macam tadi.”
“Hah, ke..kenapa?”kata Lya Aisya gagap sambil
ketakutan.
“Aku Nampak sesuatu dekat pipi kau,
jap aku nak tangkap gambar nak tunjuk dekat kau, kau berdiri and kaku macam
tadi saja”kata Myn Mardiana
Lya
Aisya hanya mengikuti sahaja arahan Myn Mardiana itu. Usah dikata muka Lya
Aisya macam mana.Pucat sepucatnya.Kalau diperhatikan,nampak air matanya yang
jernih itu ditahan daripada menangis.Myn Mardiana dengan segera mengambil
telefon pintarnya, blackberry lalu menangkap gambar Lya.
“Yes! Gotcha! Aku dah dapat
pun”jerit Myn Mardiana gembira
“Kau tangkap apa? Ada sesuatu ke? Serangga ke dekat muka aku? Atau luka?
Sirius sangat ke sampai aku tak boleh bergerak?”pelbagai soalan telah dilontar
oleh Lya Aisya dalam keadaan cemas
“Haha, takda lah. Muka kau saja yang
aku tangkap tadi.”
“Habis tu, kenapa kau suruh aku jadi
kaku? Sambil senyum pulak tu.”
“Hehe, janganlah marah.Aku just
exited sangat sebab dapat tangkap senyuman kau bersama kau punya lesung
pipit.Itu saja!”terang Myn kepada Lya Aisya.
“Alahai, tu saja ke? Buat cuak aku
je! Bak telefon kau” arah Lya Aisya sambil mendapatkan telefon tersebut.
“Eh, mana boleh! Ini telefon aku
bukan telefon kau!” kata Myn sambil berlari bagi mengelak daripada Lya Aisya
mengambil telefonnya itu.Pada mulanya berjogging, kini menjadi acara lumba lari
pula.Lya Aisya merupakan etlit perempuan yang mahir dalam semua bidang sukan,
terutamanya dalam larian di asramanya dahulu.Tanpa melengahkan masa, Lya Aisya
segera mendapati Myn Mardiana dengan memegang bahunya.
“Okey,okey.Kita duduk dulu.Nanti aku
bagi telefon kau”kata Myn Mardiana terucap-ucap keletihan.
“Hah, mananya gambar tadi?”tanya Lya
Aisya
“Nah,boleh tahan jugaa laju kau
lari.Sebelum ni takda siapa pun dapat tandingi aku kecuali kau”kata Myn
mardiana menghulur telefonya kepada Lya Aisya.
“Kelakarkan gambar kau! Dengan muka
pucat, buat-buat senyum,berpeluh lagi and kening kau terangkat sebelah”sambung
Myn Mardiana ketika Lya Aisya sedang melihat gambar tersebut.
“Aku nak kau padam gambar tu!”kata
Lya Aisya sambil memulangkan telefonnya
“Taknak!”kata Myn Mardiana sambil
menjelir lidah.Lya Aisya yang tidak puas
hati itu lalu merebut telefon tersebut.Tiba-tiba telefon tersebut berbunyi
‘ting’ ketika mereka berebut.Lya dan Myn berhenti seketika.Mereka bersama-sama
melihat telefon tersebut..
“Arghh!!!!!!!! Message was sent?
Wey, habislah aku! Hantar dekat siapa ni! Malunya!”Jerit Lya Aisya setelah
melihat di skrin telefon rakannya yang memaparkan teks ‘Message was sent’
tersebut.
“Alamak,hantar dekat..”Belum sempat
Myn Mardiana menghabiskan ayatnya,Lya Aisya terus berkata
“Kenapa? hantar dekat siapa ni? Bagi
aku check”kata Lya Aisya cemas sambil mengambil telefon kawannya itu.
“My Cousin? Sepupu yang kau cakap tu
ke?”soal Lya Aisya
“Ha’ah…”jawab Myn serba salah
“Hantar mesej dekat dia and suruh
dia delete gambar tu”kata Lya Aisya
“Okey” jawab Myn dengan ringkas
sambil menaip mesej
“Pergh, harap-harap sepupu kau tak
buat perkara yang tak sepatutnya!” kata Lya Aisya cemas sambil berjalan ke hulu
dank e hilir.
“InsyaAllah, tak, aku kenal sangat
dia tu. Dai takkan jatuhkan maruah orang dikhalayak ramai.Kalau dia ejek pun,
maybe depan kau seorang saja”
“Apa?Dia kaki ejek ke?”
“Haha, takdelah aku gurau saja pasal
tadi”
“Ouh, aku…”belum sempat Lya Aisya
menghabiskan ayatnya, tiba-tiba datang seorang perempuan yang rambutnya diikat
tepi bersama kumpulannya lalu melanggar bahu Lya.Salah seorang daripada mereka sahaja yang langgar Lya Aisya, 3 orang
yang selebihnya hanya mengikut dibelakang perempuan tersebut.Mungkin perempuan
tersebut adalah ketua kepada 3 orang yang selebihnya itu.
“Hoi, jagalah sikit tingkah laku kau
tu! Tak payah lah biadap sangat, tak sopan betul!”Jerkah Lya Aisya
“Ouh,jadi kau lah yang dikatakan Budak Baru
yang cantik tu?” kata perempuan tersebut.Lalu perempuan tersebut memegang pipi
Lya Aisya sambil berkata
“Kau ni takdalah cantik sangat”lalu menolak
kepala Lya Aisya.Lya Aisya segera memegang tangan perempuan tersebut lalu
memulaskan tangannya sambil berkata
“Kau siapa, umur kau berapa?”
“Argh, sakit lah!”kata perempuan tersebut manahan
kesakitan.
“Aku tanya kau siapa, umur berapa”tanya Lya
Aisya semula sambil memulas tangan perempuan itu.Kawan-kawan perempuan tersebut
hanya melihat sahaja dan tidak berani masuk campur, kerana risau keadaan
menjadi lebih teruk.
“A..aku Suhada ,umur aku 15 tahun! Dah ,
lepas lah!”jerit Suhada
“Aku minta maaf pasal tangan kau”kata Lya
Aisya sambil membetulkan semula tangan perempuan tersebut, iaitu Suhada.
“Aku terpaksa buat macam tu sebab kau terlalu
biadap.Umur kau baru 15tahun sedangkan aku 17 tahun.Kau datang dengan melanggar
bahu tanpa meminta maaf. Kau datang dengan sergah soalan tanpa memberi salam”
Kata Lya Aisya menerangkan kesalahan Suhada.Suhada hanya menetap bibir menahan
kemarahan
“Dan lagi satu aku nak bagi tahu kau.Aku
paling pantang sekali kalau orang tolak kepala aku.Kau, kau, kau dan kau ingat
tu!”kata Lya Aisya sambil menunding jari kearah mereka berempat.
“o..okay”kata mereka berempat serentak sambil
menganggukkan kepalanya.
“So, apa tujuan korang datang dekat
sini?”tanya Lya Aisya kepada mereka berempat.Lya Aisya kembali duduk
bersebelahan Myn Mardiana di bangku tersebut
“Aaa,takda pape lah.Jom geng ,kita
balik” kata Suhada.Niat sebenar yang ingin menyerang Lya Aisya diabaikan.Lalu
mereka semua beredar dari situ dengan segera.
“Fuyo, hebat gila lah kau sampai
pucat muka diorang kau kerja kan! Mana kau belajar ni? Kau tak cerita pun dekat
aku yang kau mahir dalam bidang mempertahankan diri?”Kata Myn Mardiana teruja
sambil menepuk tangannya.Lya Aisya yang berdiri tadi segera duduk bersebelahan
Myn Mardiana di bangku tersebut
“Takkan lah benda ni pun aku nak
heboh.Agak-agaklah, kau ni pun.”kata Lya Aisya.
“Hah, lagi satu.Tolong rahsiakan
yang aku ni mahir dalam bidang ni tau”
“Kenapa?”
“Ala, tolong la. Please?”
“Yela,yela”
“Okay, sayang kau! Nanti aku belanja
kau makan.”
“Yeay! Thanks beb!”
“Tak, aku sepatutnya yang cakap
thanks sebab kau sanggup simpan rahsia aku”
“Haha, no problem”
Lya
Aisya melihat jam tangannya yang tepat pukul 11:30 itu lalu berkata
“Jomlah makan tengahari dekat
restaurant.Nak?”
“Aku okay saja”
“Jom lah kita pergi terus? Nak?”
“Boleh jugak, lagi cepat lagi bagus sebab aku
tengah lapar ni”
“Ok, Tunggu sekejap aq nak telefon driver aku
”
“Ok,aku nak bagi tahu sepupu aku yang aku tak
balik dengan dia”
Lalu,
Lya Aisya segera menelefon pemandunya itu.Dalam masa sama juga, Myn Mardiana
juga turut menelefon sepupunya.Tidak sampai lima belas minit, pemandunya tiba
lalu menjemput mereka berdua masuk.
No comments:
Post a Comment