KASANOVA VERSI DIA
Lain orang, lain gayanya!!
Nantikan
novel bersiri ini yang mengisarkan percintaan di alam kolej sehingga ke alam
kerja. Dia merupakan kasanova versi wanita yang lain daripada yang lain. Amat
digilai oleh semua siswa kolej tanpa mereka peduli akan balasan yang akan
mereka terima setelah gadis itu berjaya mempermainkan cinta mereka namun
sebaliknya pula bagi Daniel Muzzamir Dato Hassan. Baginya, gadis itu harus
diajar kerana telah mempersendakan dirinya kerana dia terpaksa melayan perangai
jelik Shasha a.k.a sepupunya hanya kerana bagi memenuhi permintaan mummynya
yang 'teramat' suka kepada anak saudaranya itu. Pertemuan demi pertemuan
membuatkan Daniel terus hanyut dibuai mimpi indah yang dicipta oleh Qaisara
Irdiena. Akhirnya jerat yang dipasang untuk
mengenakan gadis itu telah pun memakan
dirinya sendiri.
‘’You
jangan mimpila.. I tak akan jatuh
cinta dengan lelaki, never!!’’
Qaisara dengan beraninya menangkis kata-kata Iqbal yang mengatakan dia pasti
akan jatuh cinta juga pada suatu hari nanti.
‘’I akan pastikan pada suatu hari nanti you akan jatuh terduduk di hadapan I and
hari tu juga you akan rasa bagaimana
sakitnya penangan akibat cinta’’ Janji Azzam apabila kasanova itu berjaya
mempermainkan cintanya.
‘’Semua lelaki sama je, masing-masing buaya! Pantang nampak
perempuan berdahi lincin sikit, mulala nak menggatal’’ Qaisara tetap dengan pendiriannya. Tidak mahu berganjak walaupun sedikit.
‘’Awak harus faham betapa
pentingnya cinta kepada lelaki dan awak juga harus berhenti daripada
mempermainkan cinta tulus daripada lelaki kepada wanita yang dicintai mereka.
Saya tak sanggup melihat awak menangis begini walaupun awak pernah mengotori
cinta tulus yang saya telah hulurkan kepada awak dulu’’ Daniel Muzzamir berterusan memberikan nasihat kepada Qaisara tanpa jemu. Harapannya agar gadis itu sedar daripada
terus mempermainkan cinta tulus milik lelaki-lelaki lain.
‘’Akak, Daniel betul-betul sayangkan
akak, bukan sekadar sayang je tapi cintakan akak… Terima la dia, Qall percaya
yang dia betul-betul ikhlas dengan akak’’ Qaliff Irfan memujuk kakaknya, kakaknya harus sedar
sebelum terlambat. Kakaknya harus menghalang pertunangan itu. Daniel tidak
cintakan Shasha! Bukan saja tidak cinta malah tidak pernah menyukai Shasha! Itulah
hakikatnya.
No comments:
Post a Comment