Total Pageviews

Monday, 21 October 2013

Cinta Awal Hingga Akhir : Prolog



My Sweet Memory!!

Inilah kehidupan aku.. mesti korang tak percaya kan akan cinta dari darjah 1? semasa kita masih di bangku sekolah rendah, sewaktu kita masih merangkak mahu membaca, saat kita masih tidak mengerti apa-apa berkaitan dunia sebenar yang penuh dengan pancaroba!! Tapi, itulah cinta pertama aku, cewahh!! Tengku Nazril Syah Tengku Sehrom, seorang kanak-kanak yang berlagak sewaktu darjah 1 dahulu telah melamar aku dengan sweetnya….. oh, hati wanita manakah yang tidak cair dengan perbuatannya? Khabarkanlah kepada ku dengan segera. Akanku tunjukkan buktinya, akanku kemukakan hujahnya.. oh, saat ini seperti mimpi indah dan aku tidak mahu dikejutkan daripada lenaku tapi itulah realiti hidupku yang amat indah..

Bermula sebagai tutor kepada Tengku Nazliyn Ross Tengku Sehrom, anak kepada hartawan terkenal Malaysia. Waktu itu aku sedang bercuti semester selama 3 bulan di Malaysia, aku membuat keputusan itu kerana sudah lama aku tidak pulang ke Malaysia. Menjalani kehidupan sebagai tutor kepada Nazliyn yang tidak banyak kerenah membuatkan aku menganggapnya sebagai adikku sendiri. Ahh, rupa-rupanya Nazliyn merupakan adik kepada Nazril Syah! Aku sungguh terkejut dengan perkhabaran itu namun dalam terkejut itu juga terselit perasaan bahagia buatku..    Sikap Nazril terhadapku membuatkan aku rasa seperti dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku namun siapalah aku untuk berperasan sedemikian kerana dia lah jejaka Malaya, jejaka yang sudah tentu layak mendapat pasangan sepertinya juga.. namun, kehadirannya di Jordan untuk mencariku dan kejutan yang dipersembahkan olehnya kepadaku membuatkan aku bersyukur kepada yang Esa. Dia telah melamarku untuk menjadi suri hatinya pada malam hari berakhirnya sudah peperiksaan akhir aku.. Ahh, tak sabarnya nak tunggu 2 bulan lagi untuk kami diakadnikahkan.. Jomlah kita bersama-sama menghayati kisah kehidupan cinta awal hingga akhir yang akan aku persembahkan kepada kalian..

Terima lah, cinta awal hingga akhir: Nurul izzati+Nazril syah

Terima kasih,

Nurulizzati (17march2013)

No comments:

Post a Comment