“Ibu!, kenapa dalam banyak-banyak sekolah,
sekolah yang itu juga ibu pilih…Lya taknak lah, dah lah pendalaman, jauh pulak
tu ,sesi petang lagi. Lya takut takda kawan….”Lya Aisya merungut..
“Kalau ibu kata pergi, pergi! Lya
sayang ibu kan? Kalau sayang ibu jangan buat perangai macam ni..Tak
pernah-pernah buat perangai tiba-tiba buat macam ni.”
“Ibu hantar Lya dekat sekolah ni
mestilah ada sebab, sebab Lya lah ibu buat macam ni” sambung Puan Sharina iaitu
ibu kandung Lya Aisya
“Okay lah, Lya faham…Lya pergi masuk
bilik dulu ya..Assalamualaikum”
‘‘Waalaikumussalam” Jawab Puan
Sharina sambil menggelengkan kepalanya.
Lya
Aisya masuk ke bilik lalu mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa untuk hari
pertamanya bersekolah menegah,iaitu hari yang ditakutinya.Lalu, Lya Aisya terus
membaringkan dirinya diatas katil empuk yang bersaiz ‘queen’ itu sambil
merenung keatas.Tiba-tiba Lya Aisya terfikirkan kawan baiknya,Rina Asnida. Lya
Aisya bergegas mengambil telefonnya lalu menelefon sahabat baiknya itu.
“Assalamualaikum Rina,apa aku nak buat
sekarang ni? Esok hari pertama aku pergi sekolah tu, entah macam mana rupa
sekolah tu pun aku tak tahu.”
“Waalaikumussalam, habis tu, kau nak
suruh aku buat apa? Telefon polis suruh mak kau batalkan? Macam tu?”
“Kau ni pun, bukan nak bagi semangat
dan dorongan dekat aku, kau patahkann lagi semangat aku..”
“Yelah,yelah..Kau nak aku buat
apa?’’
“Aku just nak mintak pendapat kau
jelaa, patutkah aku buat-buat senggugut ataupun buat-buat demam and tak larat?
Yang mana satu lagi bagus?”
“Astargfirullah,apa yang kau merepek
ni Lya? Kau jangan buat kerja gila yang sia-sia,Lya. Lagi satu,tak baik tau kau
menipu orang tua kau, berdosa! Tambah-tambah lagi mak kau Lya, kau nak jadi
anak derhaka ke?Lya yang aku kenal bukan macam ni, Lya yang aku kenal patuh
kedua ibubapanya”
“Dah tu, aku nak buat macam mana,
aku taknak pergi sekolah kalau takda kau! Kau macam tak tahu pulak, yang kita
ni daripada kecil,sekolah tadika lagi pergi sekolah sama-sama.Tup tup, aku kena
pindah sekolah, sekolah luar bandar pula tu!”
“Macam ni jela, kau dengar nasihat aku
tau..bagi pendapat aku la, kau akur jela apa yang mak kau suruh, mesti ada
hikmahnya kan?Pergi sekolah niat bukan sebab aku tau, pergi sekolah niat
Lillahita’ala.Boleh? sambil tu dapat juga pahala”
“Erm, dengan satu syarat?Boleh”
“Apa syaratnya? Jangan bagi susah-susah Lya,naya
aku. Aku bukannya anak orang kaya macam kau”
“Ish, takda maknanya, syaratnya adalah jangan
lupakan aku tau!”
“InsyaAllah, selagi aku hidup, aku takkan
lupakan kau”
“Okay, thanks kawan, nasib ada kau, kalau
tidak tak tahu la apa jadinya”
“haha, okay la..Aku nak kemas-kemas
barang ni. Bye, assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” balas Lya Aisya lalu
munutupkan telefonya…
Lya
Aisya bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat
fardhu Isyak sebelum tidur.Selepas menunaikan solat,Lya Aisya berdoa agar
segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Lya
Aisya berjalan dengan penuh debaran.Melihat orang sekeliling,ada lagi yang
sempat bermain bola sepak di pandang. Tiba-tiba, sebiji bola berhenti
betul-betul dihadapan Lya dan datang pula seorang lelaki lalu berkata
“Awak, tolong hulurkan bola tu”
Dengan
segera,Lya Aisya menghulurkan bola tersebut.
“Ish, suka hati dia saja nak
suruh-suruh orang.Nasib baik muka mamat ni handsome” Ngomel Lya Aisya dalam
hati.
Lya
Aisya yang perasan lelaki tadi tiba-tiba terpaku dek melihat wajahnya,Lya Aisya
terus beredar dari situ dengan segera.Ketika dia beredar, dia terdengar jeritan
kawan lelaki tersebut
“Zul, cepatlah ambil bola tu! Apa yang kau
termenung lagi”
“Sekejap la!” kata lelaki tersebut
“Oh, nama mamat ni Zul rupanya.Boleh
tahan jugak” bisik hati Lya Aisya
Setelah
selesai berurusan dipejabat.Lya Aisya dikehendaki mengikuti seorang guru untuk
menunjukkan kelasnya.Lalu,cikgu tersebut memperkenalkan dirinya kepada murid-murid.
Degupan di jantung Lya semakin laju.
“Lya, kamu duduk di tempat kosong
tu, sebelah Myn.”
“Baiklah , cikgu”
Lya
Aisya segera duduk ditempat tersebut.Apabila melihat sekeliling,baru Lya
perasan bahawa lelaki tadi yang menegurnya duduk di belakangnya.Sempat lagi
menegur Lya Aisya
“Hai , nama saya Zul Eizairi,panggil
saja Eiz”
“Oh,hai.Saya Lya, Lya Aisya”
Dengan
segera Lya Aisya melarikan diri dengan bersembang dengan rakan disebelahnya.
Zul Eizairi temenung panjang.
“Zul, apa yang kamu termenung lagi?
Kamu lupa ke tugas kamu sebagai ketua kelas?” tegur cikgu
“Maaf cikgu” lalu dengan segera
mengucapkan salam. Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kringggg!
Loceng sekolah berbunyi.Menandakan telah tiba waktu rehat.Kami berjalan
bersama-sama untuk pegi ke kantin.Hrmm, boleh tahanlah, tapi kantin sekolah ni
kecil.Macam full saja? Macam mana aku nak makan??
“Myn, Lya rehat dengan Myn boleh??”
“Ish, mestilah boleh! Erm..Lya,Myn
nak cakap something boleh?”
“Apalah,itu pun nak mintak
izin..It’s okay.Hah, Myn nak cakap apa?”
“Buat pengetahuan kau, Lya.Muka kau hampir
sama dengan Bekas Teman Wanita ketua kelas kita, Eiz. Mula-mula aku pelik
juga,kenapa awek Eiz sekolah sini,sebab haritu awek Eiz kata nak pindah
sekolah.Rupa-rupanya, bila cikgu perkenalkan kau, baru aku tahu yang kau ni
orang lain””
“Eleh, Myn gurau saja kan?”
“Ish,ada pula dia cakap macam tu.Aku
Siriuslah wahai cik Lya Aisya”
“Yeka? Patutlah setiap kali dia
tengok muka aku saja, dia termenung.Rindu awek dia la tu”
“Nanti aku bawa gambar awek dia.”
“Hah! Lupa pula nak bagi tahu Lya,
Nama Lya cantik. Cantik sangat time first-first dengar”
“Betul ke? Thanks Myn.Nama Myn pun
apa kurangnya,Cantik secantik tuannya iaitu Myn Mardiana.Ermm,okaylah.Myn nak
beli makanan apa?Lya Tolong belikan?”
“Takpa lahh, sekejap lagi Myn
beli,Myn nak cup tempat duduk dulu”
“Oh,Okay”
“Hrmm, nak beli apa ya? Rasa malas pula nak
beli makanan berat.Hah, Beli sandwich sajalah..”bisik hati Lya Aisya
“Acik, nie berapa” Tanya Lya dan Zul
Eizairi serentak sambil memegang
Sandwich yang sama..
“Ish!” sungut Lya Aisya dan Zul
Eizairi serentak.
“Saya dapat dulu!” kata Lya Aisya
dan Zul Eizari serentak
“Acik!Saya yang dapat dulu
kan??”sambungnya lagi
“Ish, apahal mamat ni, aku nak roti
ni dia nak roti ni jugak. Dalam banyak-banyak roti,kau sibuk pilih yang aku
pilih kenapa?!” bisik hati kecil Lya Aisya sambil menahan marah yang
berbuak-buak.
“Erm, takpa lah cik, saya ambil
karipap sajalah” kata Lya Aisya dan Zul Eizairi serentak sambil memeggang
karipap yang sama
“Awak ni dah kenapa,Eiz? Kenapa suka
sangat tiru orang!” Jerkah Lya Aisya kerana tidak dapat menahan dengan kerenah
Zul Eizairi
“Eh, Aku pulak yang dipersalahkan?!”
balas Zul Eizari sambil menunding jari kearah sendiri
“Yela, habistu siapa lagi yang sibuk
tiru saya?”
“Amboi, amboi, amboi.Hei budak baru!
Aku tak inginlah nak tiru kau.Setahu aku, Kau yang sibuk nak tiru-tiru orang.
Aku tahulah yang aku ni handsome, bergaya, pandai, bertanggungjawab dan ketua
pengawas pula tu. Tapi tak payah lah sampai nak tiru-tiru orang, lepastu
tunding-tunding jari nak salahkan aku!” Balas Zul Ezairi
“Ish, mamat ni punya perasan tak
boleh ke laut lagi ke?”kata Lya Aisya sambil memperlahhankan suaranya
“Apa kau cakap budak baru? Kau
panggil aku Mamat? Suka-suka hati kau saja nak ubah-ubah nama orang. Nama aku
dah cukup handsome dah macam aku yang handsome, bergaya, pandai dan
bertanggungjawab ni. Kau pula pergi ubah jadi nama ‘mamat’ yang entah apa-apa
tu!”Bidas Zul Ezairi
“Eh,awak terasa ke? Awak, saya
mintak maaflah, saya tiada niat pun nak cakap macam tu dekat awak.” Peril Lya
Aisya
“Eh Budak Baru, kau ingat aku bodoh
ke? Aku tahu lah beza cara orang minta maaf dengan ‘Ihklas’ atau dangan cara
‘perli’ macam kau.Nasiblah kau ni perempuan, kalau tak dah lama dah aku tumbuk
muka kau!”
“Mamat ni fikir yang aku ni takut
sangat ke dengan dia? Aku belajar karate laa… master tau.”Bisik hati kecil Lya
Aisya
“Awak, macam ni ke gaya ketua
pengawas? Tak layak langsung. Adakah patut ketua pengawas nak tumbuk orang
walaupun masalah tu sekecil zarah?ish tak patut, tak patut.”kata Lya Aisya
sambil menggelengkan kepalanya
“Apa? kau kata ni masalah sekecil
zarah?! Apa kau fikir senang ke mak ayah aku nak cari nama yang handsome macam
aku yang handsome, bergaya,pandai dan bertanggungjawab ni?” bidas Zul Eizairi
Lya
Aisya yang malas melayan kerenah Zul Eizairi dengan segera mengambil sandwich
dan karipap yang direbutkan tadi.
“Acik,nah duit untuk roti dan
karipap” kata Lya Aisya sambil mengangkatkan sebelah keningnya pada Zul Eizairi
tanda Lya Aisya sudah menang.Ya, menang dalam dunia rebut ‘Sandwich dan
‘Karipap’!. Geli hati Lya Aisya apabila melihat Zul Eizairi terngaga kerana
terkejut, tetapi perasaan tersebut tidak ditunjukkannya.Cover Lya, Cover..
“Hoi Mamat Poyo Perfect! Tutup mulut
awak nanti masuk lalat..Awak,1-0..sya menang” perli Lya Aisya
“Oh, takpa kau budak baru. Ada lori
ada bas, Ada hari aku balas” kata Zul Eizairi tidak puas hati lalu membeli
makanan yang lain.
“Lya, kau okay ke? Kenapa beli lama
sangat? Risau aku” kata Myn sambil menarik tangan Lya Aisya.
“Oh, aku okay je.Ambil lah karipap
ni, aku belikan untuk kau. Tu yang lama sikit tu”
“Oh, ye ke.. Terima kasihlah
banyak-banyaknya.”
“Sama-sama.Alah, benda kecil saja.”kata
Lya Aisya tersenyum manis
“Oh,Lya..Lupa pulak nak bagi tahu
kau nama awek Eiz.Nama dia tu Wana.Tapi, ada sikit sahaja perbezaan antara kau
dan dia.”
“Apa dia?”
“Tapi aku tak perasan lah apa yang
membuat kau dengan dia berbeza.Tapi serius ada something yang berbeza tapi aku
tak perasan,hehe”
“Ish kau ni , baik tak payah
cerita.Cerita bukan main lagi.Tak apa,Myn cari lah sampai jumpa apa perbezaan
Lya dengan Wana ya.I’ll wait for it”
“Okay,hehe.Aku ada dengar nada
‘perli’ tadi.Kau ada dengar tak?”
“Amboi, dalam diam kau pun peril aku
juga..”
“Eh,eh mana tahu ni?”
“Cukup cukup sudah, cukup sampai
disini saja.Loceng rehat sudah berbunyi.Lebih baik kita pergi kelas”kata Lya
sambil mengikut rentak lagu Cukup-cukuo sudah.
Tepat
pada pukul 6:40 petang,tiba masa untuk Lya Aisya dan rakannya pulang. Ya,pulang
dengan perasaan bengang.Bengang terhadap lelaki yang bernama Zul Ezairi kerana
sempat lagi berkata
“woi, budak baru! Kau ingat. Aku
yang handsome, bergaya,pandai dan bertanggungjawab ni masih tak puas hati
dengan kau. Mungkin ni aku baru bagi peluang dekat kau. Sebab itulah kau dapat
mata 1dan aku pulak kosong dan mungkin ni hari kau.Tapi esok lusa mesti hari
aku pulak”
“Apa-apalah Mamat Poyo Perfect”
“Apa?! kan aku dah cakap..Aku tak
suka bila orang suka suka hati saja tukar-tukar nama orang! Kau tak faham lagi
ka?
“Eleh, kau ingat aku takut sangat ke
dengan kau? Setakat nama saja pun. Lagi pun , yang kau panggil aku Budak Baru
boleh pulak?!”
“Apa kau cakap Budak Baru? ‘Nama saja’? Aku ni jenis yang menghargai
kedua ibu,bapa. Mereka berdua dah bersusah payah nak cari nama sehandsome
aku.Sebab itu lah aku ambil serius pasal ni. Lagi satu, Kau cakap aku ubah nama
kau? Aku tak ubahlah, tapi kebenarannya kau memang budak Baru di sekolah ni.dan
kenyataannya kau tu baru saja sehari.Aku ulang sekali lagi, kau tu baru
sahari,sedar lah sikit!”
“Dah? Dah habis cakap? Kalau saya tinggal
awak saya risau awak jadi gila pulak.Yela, cakap sorang-sorang”kata Lya Aisya
dengan muka yang penuh dengan gaya selamba
“Bye!” sambung Lya Aisya sambil berlari meninggalkan
Zul Ezairi lalu pergi ke pemandu keretanya yang tercegat menunggu itu dengan
segera.
“Hei Lya! Aku tak habis cakap lagi la!” jerit
Zul Eizairi
Lya
Aisya dengan segera masuk ke dalam perut kereta mewah BMW itu lalu membuka tingkap kereta dan masih sempat menjerit lagi kepada Zul Eizairi.
“Bye Mamat Poyo Perfect!
You lose! haha” sambil melambai dan menjelir lidah menunjukkan Lya Aisya menang
sekali lagi.
Setibannya
dirumah, Lya
best, keep it up
ReplyDelete