‘’betul ke kau nak jerat kasanova tu?’’ soal Hanif tidak
percaya.
‘’kau
tengok aku ni macam main-main ke?’’ serius pertanyaan balik yang dilontarkan
kepada Hanif.
‘’well, bukan aku and Hanif tak nak
percaya pada kemampuan kau tapi rekod kau setakat ni masih bersih’’ bersahaja Amirul
mengutarakan pandangannya.
‘’bersih
ataupun kotor, itu aku tak ambil peduli.. apa? dia fikir senang-senang je dia
dapat melepaskan diri daripada aku setelah menjatuhkan maruah aku? No way! Dia tak kenal lagi siapa Daniel
Muzzamir Dato Hassan yang sebenarnya’’
‘’bro, aku
takut jerat makan tuan nanti!’’ Amirul masih tidak dapat mempercayai kebolehan
sahabatnya itu. Bukan nak dikata kawannya itu tiada rupa, ada, lebih dari ada.
Sahabatnya itu menjadi pujaan setiap wanita Cuma Daniel saja yang tidak ambil
peduli. Tapi apa yang dirisaukan olehnya, bukan calang-calang wanita yang
Daniel ingin permainkan, tidakkah Daniel tahu yang gadis itu amat hebat dalam
mencairkan hati kaum adam?
‘’sudahla,
aku nak maklumat perempuan tu as soon as
possible’’ Daniel menyedut jusnya.
‘’amenda
yang korang tengok tu?’’ soalnya lagi apabila kedua orang rakannya seperti
asyik memandang ke arah sesuatu.
‘’bro, cuba kau pandang belakang kau’’
Daniel terus memandang ke belakang. Dia dapat melihat sepasang kekasih yang
mesra tapi gadis itu seperti dia kenal, Qaisara Irdiena! Ya, gadis yang Nampak
mesra dengan seorang pemuda tampan itu merupakan kasanova itu. Terus dia
mengalihkan pandangannya.
‘’tak
silap aku Qai baru putus dengan Amir semalam’’
‘’betulla
tu, kecoh kolej semalam sebab mamat tu melutut kat taman, merayu kat Qaisara
tapi dia buat don’t know je’’
‘’hati
batu betul perempuan tu’’
‘’bro, kau serius ke nak teruskan plan
kau?’’
‘’bro?’’
‘’Aku
serius, plan tetap berjalan, aku nak chao dulu, dah lambat ni tapi, mak pompuan
tu tak risau ke anak dia tak balik lagi malam-malam ni?’’ sambil berdiri dia sempat bertanyakan persoalannya
kepada Amirul dan Hanif. Hanif mengangkat bahunya.
‘’entah
la bro, nanti masa kau dah dapat dia,
kau didik la dia baik-baik’’
‘’betul
tu bro, kasi dia insaf sikit’’
‘’dah
arr, aku blah dulu’’ Daniel pantas keluar dari restoran mewah itu.
Best...boleh sambung lg x ?????
ReplyDelete