Total Pageviews

Wednesday, 6 November 2013

Kasanova Versi Dia : Bab 2



‘’betul ke kau nak jerat kasanova tu?’’ soal Hanif tidak percaya.

                ‘’kau tengok aku ni macam main-main ke?’’ serius pertanyaan balik yang dilontarkan kepada Hanif.

                ‘’well, bukan aku and Hanif tak nak percaya pada kemampuan kau tapi rekod kau setakat ni masih bersih’’ bersahaja Amirul mengutarakan pandangannya.

                ‘’bersih ataupun kotor, itu aku tak ambil peduli.. apa? dia fikir senang-senang je dia dapat melepaskan diri daripada aku setelah menjatuhkan maruah aku? No way! Dia tak kenal lagi siapa Daniel Muzzamir Dato Hassan yang sebenarnya’’

                ‘’bro, aku takut jerat makan tuan nanti!’’ Amirul masih tidak dapat mempercayai kebolehan sahabatnya itu. Bukan nak dikata kawannya itu tiada rupa, ada, lebih dari ada. Sahabatnya itu menjadi pujaan setiap wanita Cuma Daniel saja yang tidak ambil peduli. Tapi apa yang dirisaukan olehnya, bukan calang-calang wanita yang Daniel ingin permainkan, tidakkah Daniel tahu yang gadis itu amat hebat dalam mencairkan hati kaum adam?

                ‘’sudahla, aku nak maklumat perempuan tu as soon as possible’’ Daniel menyedut jusnya.

                ‘’amenda yang korang tengok tu?’’ soalnya lagi apabila kedua orang rakannya seperti asyik memandang ke arah sesuatu.

                ‘’bro, cuba kau pandang belakang kau’’ Daniel terus memandang ke belakang. Dia dapat melihat sepasang kekasih yang mesra tapi gadis itu seperti dia kenal, Qaisara Irdiena! Ya, gadis yang Nampak mesra dengan seorang pemuda tampan itu merupakan kasanova itu. Terus dia mengalihkan pandangannya.

                ‘’tak silap aku Qai baru putus dengan Amir semalam’’

                ‘’betulla tu, kecoh kolej semalam sebab mamat tu melutut kat taman, merayu kat Qaisara tapi dia buat don’t know je’’

                ‘’hati batu betul perempuan tu’’

                ‘’bro, kau serius ke nak teruskan plan kau?’’

                ‘’bro?’’

                ‘’Aku serius, plan tetap berjalan, aku nak chao dulu, dah lambat ni tapi, mak pompuan tu tak risau ke anak dia tak balik lagi malam-malam ni?’’ sambil  berdiri dia sempat bertanyakan persoalannya kepada Amirul dan Hanif. Hanif mengangkat bahunya.

                ‘’entah la bro, nanti masa kau dah dapat dia, kau didik la dia baik-baik’’

                ‘’betul tu bro, kasi dia insaf sikit’’

                ‘’dah arr, aku blah dulu’’ Daniel pantas keluar dari restoran mewah itu.


1 comment: