Suasana sepi menemani kelas tingkatan 5 aliran akaun kelas 1 itu. Para pelajar tekun mendengar penerangan guru matematik tambahan mereka. Pintu kelas mereka yang diketuk membuatkan semua mata memandang ke luar kelas. Kehadairan guru tingkatan mereka iaitu Puan Hamidah dan seorang pelajar lelaki yang iras-iras Kai daripada kumpulan EXO itu membuatkan pelajar-pelajar kelas itu berbisik sesama mereka.
‘’Mira,
kau nampak tak apa yang aku nampak?’’ pertanyaan Aqila itu menyedarkan Farha Amira yang berada di dalam alam khayalannya.
‘’nampak
apa?’’ Farha Amira memandang wajah Aqila.
‘’tu,
kat luar kelas tu’’ panjang muncung mulut Aqila menghala ke luar kelas mereka.
Kedudukan mereka yang berada di tepi tingkap memudahkan urusan mereka untuk
melihat ke luar cuma Aqila duduk di meja
di hadapan Farha Amira bersama seorang teman manakala Farha Amira hanya keseorangan.
‘’oh
Cikgu Hamidah buat apa kat sini?’’
‘’sayang
oii, awak tak nampak ke hamba Allah kat sebelah cikgu tu?’’ Farha Amira memandang ke
arah yang dikatakan Aqila. Sewaktu dia asyik mencari akan gerangan hamba Allah
itu tiba-tiba pandangannya bertaut dengan pandangan seseorang. Manusia, kay.. which mean itulah hamba Allah tu. Dia
pantas mengalihkan pandangannya. Cis, buat malu aku je, gerutunya.
‘’hansem
kan dia?’’
‘’tak
pun, abang aku lagi hansem’’ Aqila mencebik.
‘’ada
ke patut kau samakan dia dengan abang kau? Abang kau tu dah memang terang lagi
bersuluh dah terkenal sampai ke US dah dalam bidang modeling tu..’’ Farha Amira hanya menayangkan muka ada aku kisah?
‘’ ni mamat ni muka macam Kai group
EXO tu’’
‘’EXO? Amenda
tuh? Kumpulan Bollywood?’’
‘’Korea
la wei.. susah betul dapat kawan tak minat Korea macam kau ni’’
‘’ekeleh,
kau tu minat je Korea tu tapi sepatah habuk pun kau tak faham apa yang diorang
cakapkan, yang kau tau, cuci mata tengok mamat-mamat korea yang comel–comel tu’’ kepalanya digelengkan.
‘’ala
aku tau la yang kau boleh cakap perancis and
korea, tapi jangan la buat aku rasa down
pulak’’
‘’bila
masa aku buat kau down?’’
‘’sejak
kau boleh cakap korea’’ selamba sahaja dia mengenakan Farha Amira. Langsung tidak
dipedulikan wajah Farha Amira yang mencuka, lagi suka adalah. Mereka pantas
memberikan tumpuan ke hadapan setelah Cikgu Asmila berdehem berberapa kali di
hadapan kelas.
‘’okey
kelas, hari ni kita ada kawan baru iaitu Nik Muhd Aufal Nik Zakri. Aufal, awak
boleh perkenalkan diri awak’’ Cikgu Asmila memberikan senyuman manis kepada Aufal
namun lelaki itu kekal tanpa riak.
‘’nama
saya Nik Muhd Aufal Nik Zakri, baru berpindah dari S.P Venus’’ okey, secara
jujurnya ramai yang mula jadi busy body.. korang tau tak sekolah persendirian
Venus? Sekolah tu tempat budak-budak kaya je kot and just ambik budak yang betul-betul cemerlang je.
‘’ada
sesiapa yang mahu bertanya soalan kepada Aufal?’’ soal Cikgu Asmila. Baru sahaja beberapa orang pelajar
mula mengangkat tangan
‘’awak
boleh tanya masa waktu pembelajaran kita tamat yea. Ada lagi 20 minit sebelum
rehat’’ ramai menunjukkan eksperasi wajah hampa.
‘’so
Aufal, awak boleh duduk di sebelah Amira. Amira, awak tak keberatan kan?’’
soal Cikgu Asmila.
‘’saya….’’
‘’okey
Aufal, awak boleh ambil tempat di sebelah Amira, yang kat belakang sekali tu’’
Cikgu Asmila pantas memotong. FYI, cikgu Asmila ni terkenal dengan ‘pertanyaan
kuku besi’. Alah, macam ni la, korang ditanya soalan tetapi korang punya
jawapan tak diambil kira kerana penyoal jawapan itu dah ada jawapannya
tersendiri. Dia saja suka-suki je nak menyoal. So apakah gunanya pertanyaan itu
jika pendapat penjawab soalan tidak diambil kira? Jawapannya ialah hanya
sebagai protocol. Sedih kan? Tapi itulah hakikatnya.
Aufal dengan wajah dinginnya berjalan menuju
ke belakang kelas di mana seorang gadis berpakaian serba biru duduk betul-betul
di tepi tingkap.
‘’baiklah
kelas, kita sambung balik sesi pembelajaran kita’’ Farha Amira memandang ke sebelah.
Aufal mengeluarkan buku latihannya lalu dia pun buat tak tahula, ala, dah 17
tahun dah pun, pandai-pandaila bukak mulut kalau nak tanya something, rumus hati Farha Amira.
‘’sekian
sahaja sesi kita pada hari ni’’ Cikgu Asmila melangkah keluar kelas sementelah
pelajar-pelajar kelas itu pun ke kantin namun dia berpatah balik masuk ke kelas.
‘’oh yea Amira, awak tolong tunjukkan kantin kat Aufal sebelum pergi meronda yea?’’
‘’saya?’’ Amira merujuk kepada dirinya agar dia tidak dilebel sebagai perasan. perasan yang cikgu Asmila meminta bantuannya.
‘’yea
la awak, hanya awak dan Aufal je kat
dalam kelas ni sekarang, yang lain dah keluar rehat’’ Amira memandang sekeliling
kelasnya, hanya dia, Aufal dan Cikgu Asmila je. Dia termalu sendiri. Ish, macam
mana la boleh tak perasan?
‘’baiklah
cikgu’’ setelah memastikan Cikgu Asmila hilang daripada pandangan, Amira menoleh ke sebelahnya.
‘’jom
la pergi rehat’’ ajak Amira sopan.
‘’tak payahla,
aku nak rehat dalam kelas je’’
‘’maaf,
waktu rehat tak dibenarkan berada di dalam kelas’’
‘’ikut suka hati aku la’’
‘’kan saya dah cakap, waktu rehat
tak dibenarkan berada di dalam kelas’’ sedikit tegas suara Farha Amira. Sedikit
berapi jugaklah dia apabila lelaki itu seperti sombong. Hish, dia ingat aku ni
hadap sangat ke nak bercakap dengan dia?
‘’kau
siapa nak bantah apa yang aku cakap?’’ Aufal sudah merenung tajam ke arah gadis
berpakaian serba biru disebelahnya itu. Tak pernah lagi seumur hidup aku ada
manusia nak mengarah-arah aku, omel hati Aufal.
‘’hello!!
Saya ni ketua pengawas sekolah tahu tak?
Secara tidak langsung saya ada hak untuk mengarahkan awak keluar dari kelas
ini’’
‘’hei
perempuan! Kau fikir kau tu layak ke nak arah-arah aku?’’ kemarahan Farha Amira sudah memuncak. Aufal hanya menayangkan muka minta penyepak.
‘’damm’’ Farha Amira menghentak meja. Aufal turut berdiri. Mereka merenung mata antara satu
sama lain. Tak mahu mengalah.
‘’kat
sekolah ni ada peraturan, dah ada peraturan tu maksudnya awak kena ikut la
peraturan tu, jangan buat yang dilarang, jangan nak buat jugak yang diharamkan
oleh pihak sekolah’’
‘’kat
sekolah aku dulu boleh je duduk dalam kelas’’
‘’itu
sekolah kau bukan sekolah ni!! Law
tetap law la bro.. dah la, kali ni aku bagi kau peluang. hal ini kerana kau still budak baru yang baru bersekolah di sini tidak hampir satu jam, yang
masih mentah bersekolah di sekolah kerajaan ni, aku biarkan kau sesuaikan diri
kau dulu..’’ Aufal tercengang. Tadi marah bukan main last-last bagi gak aku
duduk kat kelas je, kan bagus kalau macam ni dari awal, tak payah buat sakit
tekak bertekak dengan perempuan ni tapii pergh.. ayat perempuan ni pedas giler.. bikin hati panas je.. dan Aufal juga sedar yang perempuan itu
telah menukarkan panggilannya dari saya-awak kepada kau-aku.. mungkin sebab
marah kot tapi…. Ada aku kisah.. lagak macam gangster pun ada gak, seram aku
dibuatnya.
‘’bagusla
kalau kau dah cakap macam tu tapi aku akan pastikan….’’
‘’ni
kali pertama dan terakhir kau berada di dalam kelas sewaktu rehat’’ potong Farha Amira bersama senyuman sinis.
Bukan dia tak tahu apa yang akan Aufal katakan, mesti dia nak duduk dalam kelas
pada hari-hari yang akan datang juga, huh, bermimpi di siang hari la bro!
‘’dah
arr, aku nak pergi ronda dulu..’’ Farha Amira terus berlalu meninggalkan Aufal.
Dalam perjalanan mahu turun dari tingkat 2 itu Farha Amira terserempak dengan 2
orang pengawas bertugas yang diarahkan olehnya untuk menjaga blog tingkatan 5.
‘’Yazid,
Aziz, korang jaga kat bawah je la.. tadi akak dah check, tak der orang dah kat
atas. Pastikan tak der orang naik ke atas, kay?’’
‘’baiklah
kak Mira’’ mereka bertiga menuruni tangga. Bagus jugak jadi ketua pengawas
ni, diorang ikut je apa yang kita arahkan. Dalam masa yang sama Farha Amira menghembuskan nafas lega. Nasib baik diorang tak banyak soal.. huh, lelaki tu
punya pasalla, terpaksa aku buat dosa kering plak.
No comments:
Post a Comment