Shasha berjalan dengan gaya ala-ala model ke arah bangunan
fakuliti perniagaan di Kolej Elit Antarabangsa yang terletak di Bangsar itu.
Dia pandai menyusun atur langkahnya namun malang sentiasa tidak berbau. High hell kasutnya yang tercabut
membuatkan dia hampir jatuh tersungkur dan nasibla seorang pemuda telah berjaya
menyambutnya dari arah belakang. Semua siswa dan siswi yang kebetulan melihat
adegan itu ketawa kuat. Bajunya yang baru dibeli di sebuah butik terkemuka pada
beberapa hari lepas dibetulkan.
‘’cik
okay ke?’’ soal pemuda itu. Shasha berpaling lalu menghadiahkan jelingan
tajamnya kepada pemuda itu. ‘Dah la pakai cermin mata tebal, ada hati nak
sentuh-sentuh aku’ hatinya mengomel.
Jari
runcingnya ditala ke arah dahi pemuda itu. ‘’you jangan nak perasan yang I
akan ucapkan terima kasih kepada you di
atas sebab you telah selamatkan I.
I tahula taktik-taktik lelaki macam
you ni yang selalu menggunakan helah bagi mendekati perempuan cantik macam I’’ suaranya yang lantang bergema di
ruangan bangunan fakuliti perniagaan itu.
Qaliff
Irfan terkedu, ‘eh minah ni, apasal pula
nak menjerit-jerit macam tarzan pulak? Orang dah tolong bukannya nak ucapkan
terima kasih tapi menjerit-jerit pula’. Qaliff mengatur langkah meninggalkan
perempuan itu. Sebenarnya dia dah lambat untuk
mendaftarkan diri ke kolej elit terkemuka di Malaysia itu, ini semua
kakak kembarnya punya pasalla, bangun tidur lambat!! Langkah diatur ke pejabat
pentadbiran kolej yang terletak berhadapan bangunan fakuliti perniagaan itu,
itula berdasarkan penerangan kakak kembarnya tadi.
Shasha tercengang apabila pemuda tadi terus berlalu
meninggalkannya, kakinya dihentak kuat dan ditakdirkan buat kali keduanya dia
terjatuh lagi pada pagi itu namun kali ini tiada lagi penyelamatnya. Sekali
lagi ruangan fakuliti perniagaan itu bergema dengan ketawa para siswa dan siswa
yang melihat adegan itu, sungguh
memalukan!!
@@@
Daniel
leka memetik tali gitarnya di ruangan atas fakuliti perniagaan itu, memang di
setiap fakuliti ada rooftop
masing-masing. Di sebelahnya pula terdapat muka monyok yang ditayangkan oleh
Shasha sejak naik ke atas dalam setengah jam yang lepas.
Daniel
menghela nafas perlahan, dia sudah dengar cerita berkenaan sepupunya yang menjerit memarahi seorang siswa baharu
pada pagi tadi sewaktu dia berada di kafe. Kepalanya pula digeleng, tak tahu
kepada siapakah yang harus ditegakkan keadilan, shasha ataupun pemuda itu?.
‘’cuba you jelaskan kepada I, what happen acctualy’’
‘’nothing happen’’
‘’I dengar yang you marah sorang siswa baru’’ shasha menjeling Daniel. Bahunya
diangkat.
‘’bukan
salah I
tapi dia! Apa sebab dia nak sentuh-sentuh I, I tak suka la, dah la
pakai cermin mata tebal, ada hati nak sentuh I yang akan menjadi hak kepunyaan Daniel Muzzamir’’ Daniel
mencebik, ‘siapala nak ambik perempuan macam kau ni jadi isteri’ kutuknya dalam
hati.
‘’tapi I dengar yang dia tolong sambut you daripada terjatuh. You sepatutnya ucapkan terima kasih
kepada dia, say thanks je pun dah
cukup baik sebenarnya’’
‘’you!! Sejak bila you bela orang lain ni. Dah la semalam I ajak you keluar pun you bagi banyak alasan kat I, busy
la, letih la, macam-macam alasan yang you
bagi kat I walhal you tahu yang semalam birthday I.. I tak kira, I nak kita wish birthday I yang ke 23 tahun pada 27 April 2011 yang lalu iaitu semalam’’
‘’lain
kali la’’
‘’I tak kira, hari ni juga, fullstop!!’’ shasha memeluk tubuhnya.
Daniel menggarukan kepalanya. Alasan apa yang harus diberi agar dia dapat
melepaskan diri daripada terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran wanita ini ?
‘’Jom
kita pergi sekarang atau….’’ Senyuman sinis shasha membuatkan Daniel
menggarukan lagi kepalanya.
‘’Kalau you tak nak pergi I akan
report kat mummy you’’ ugut shasha.’haa, kan dah agak, mesti ni la ugutan minah
gedik ni’ Daniel mengutuk dalam hati.
‘’Baiklah, I ikut you tapi sekejap je tau sebab malam ni I nak jumpa Mirul dan Hanif’’ kata putus diambil oleh Daniel
walaupun dia tahu yang kata putus itu sungguh pahit untuk ditelan namun demi mummynya, dia sanggup. Mereka beriringan
ke arah Mitsubishi Evo milik Daniel yang elok diparking di tempat meletak
kenderaan kolej itu.
‘’shasha!’’
Laungan kuat itu membuatkan Daniel dan Shasha berpaling ke belakang. Kelihatan
2 orang gadis dengan gaya model berjalan ke arah mereka. Melihatkan akan
gerangan itu Shasha terus mencebik.
‘’apa
yang you dah buat dekat adik I? you
memang kurang ajar kan?’’ Jari telunjuknya yang runcing ditala betul-betul ke
arah hidung Shasha yang tak seberapa mancung.
‘’adik you? Sejak bila you ada adik and apa yang I dah buat dekat adik you?’’
‘’huh!
Buat-buat tak tahu pula’’ Nelidya menyampuk.
‘’sejak
bila you ada adik, ?’’ Daniel pula
menyoal setelah berdiam diri dari tadi. Memang sudah lama dia tertarik kepada
gadis ini cuma egonya menghalang. Kasanova versi perempuan ini benar-benar
bahaya.
‘’Daniel,
you tak payah masuk campur la.. nak back up shasha konon! I tahula yang you ni terpaksa melayan minah gedik ni sebab mummy you kan? Bukan I
sorang je yang tahu malah satu kolej ni.
Siapa yang tak kenal dengan Daniel Muzzamir Dato Hassan? Jejaka handsem,
budiman, kaya, kiranya perfect la tapi……..’’
‘’anak
mak’’ Nelidya menyambung ayat yang sengaja dibuat tergantung itu.
‘’excellent, Nell.. kalau I la yang jadi you, Daniel. Akan I cuba
bantah arahan mummy you tu. Melayan
perangai Shasha umpama melayan penghuni Tanjung Rambutan, you tahu tak? Tapi I tak
tahu la kalau you suka dengan
perangai Shasha tu..’’ Daniel sudah mengetapkan bibirnya, ‘biadap sungguh gadis
ini! Dia belum kenal siapa Daniel Muzzamir Dato Hassan yang sebenarnya’
‘’so, you fikir yang you ni perfect sangat
la’’ Shasha membentak berani.
‘’Memang I perfect pun and for your
information, you langsung tak layak nak bersaing dengan I’’
Shasha mendengus kasar.Tangannya diangkat untuk menampar wajah namun
tangan Qaisara yang lebih cekap mengenggam tangannya itu menghalang niatnya.
Baru saja Qaisara mengangkat tangannya untuk menampar wajah shasha yang berani
mahu menampar wajahnya yang lawa itu…..
‘’kakak!’’
Semua berpaling. Seorang pemuda berkaca mata tebal berlari ke arah mereka.
‘mamat
tadi’ shasha membeliakkan matanya. ‘siapa pula kakaknya?’
‘entah-entah..’
Daniel menduga.
‘’apa
yang akak buat ni?’’ Soal Qaliff.
‘’akak
ada perhintungan yang nak dibuat dengan minah ni’’
‘’oh,
inila adik you ya? Kesian, adik kakak rupanya’’ shasha menyindir sinis.
‘’watch out your mouth, shasha!’’
‘’Sudahla
akak, jom la kita balik, tak ada gunanya berlawan mulut dengan minah senget
macam ni’’ shasha tercengang. ‘dia kata aku minah senget?’
‘’Jom
la kak’’ pergelangan tangan kakaknya ditarik.
‘’ingat
shasha! Perhintungan kita tak habis lagi’’ sempat menjerit sambil mengikuti
langkah adiknya. Neldiya hanya mengikuti dari belakang.
‘’kenapa
you nak jolok sarang tebuan?’’ soal
Daniel setelah kelibat , adiknya dan neldiya hilang dari pandangan.
‘’mana
la I tahu yang tu adik dia’’
‘’itu
la kan mamat yang tolong you tadi?’’
Daniel mahukan kepastian.
‘’betul
la tu.. kakaknya up to date tapi adiknya
pula berkaca mata tebal. Kontra gila’’ mulut shasha masih berbunyi tidak puas
hati.
‘’sudah
la shasha. Tak ada gunanya you
berlawan dengan . dia boleh buat apa saja kat you. Ingat Shasha! sekali lagi you cari gaduh dengan dia, I tak
akan masuk campur lagi’’ amaran keras diberikan kepada shasha. Dalam semester
kali ini sudah banyak kali dia masuk campur dalam urusan dan shasha. Selalunya
shasha la yang mulakan dulu.
@@@
Di banglo 2 tingkat milik Tuan Asyfan.
‘’mama’’
‘’hah,
anak mama ni, sorang je? Mana kakak kembar kamu?’’ Puan Azlina menyoal setelah
hanya melihat kelibat Qaliff seorang, tadi ada bunyi Volkswagen Golf-GTI milik
anak perempuannya tapi di manakah anak perempuannya itu?
‘’kakak?
Biasala kakak tu, ma. Entah bilala dia nak berubah’’
‘’date lagi? Dengan lelaki malang mana
pulak kali ni?’’
‘’Entah,
tapi Nell kata mamat tu anak menteri’’
‘’haish,
mama tak tau macam mana nak kawal kakak kamu tu. Dia fikir semua lelaki sama
je’’ Puan Azlina mengeluh kesal. Atas angkara arwah suaminya yang
meninggalkannya pada 10 tahun yang lepas kerana ingin berkahwin lain dengan
gadis yang baru berumur awal-20 an, prespeksi terhadap lelaki semuanya sama saja.
Semuanya pantang Nampak gadis berdahi lincin, mulala nak mengayat. Sejak itu
juga, Qaisara bertukar menjadi seorang gadis yang tega mempermainkan hati
lelaki.
‘’mama
jangan risau, kan Qall dah tukar kolej dah. Senangla Qall nak tengokkan akak
tu’’ Izham memeluk mamanya. Dia sanggup bertukar dari Universiti Utara Malaysia di Kedah ke kolej elit ini
semata-mata untuk kakak kembarnya.
‘’Qall
je harapan mama sekarang ni, tolongla bantu kakak kamu tu, mama tak sanggup
tengok dia macam tu lagi’’ hanya pada anak lelakinya itula satu-satunya harapannya sekarang ini.
No comments:
Post a Comment