Total Pageviews

Tuesday, 5 November 2013

Cinta Awal Hingga Akhir : Bab 1



Aku tersenyum lebar, akhirnya aku sudah sampai ke tanah air tercinta! Aku melihat rakan-rakanku yang turut tiba di lapangan terbang antarabangsa Malaysia juga tersenyum lebar. Aku memeluk rakan-rakanku, lagi 2 bulan setengah kita orang akan berjumpa di sini semula. 

Aku Nampak Tuan Muhammad dan Prof Madya  Rozie serta Nurul Yasmin di ruangan menunggu, itulah kedua orang tuaku dan adik perempuan tunggalku. Aku terus menuju ke sana, mereka yang perasan akan kehadiranku lantas berdiri memelukku.

            ‘’alhamdulilah, along sampai dengan selamat’’ ucap syukur mamanya.

            ‘’ya ma, along dah sampai’’

            ‘’makin kurus anak papa ni’’ tegur papanya pula. Aku hanya ketawa, kurus ke aku atau papa nak perli ni?

            ‘’sedap makanan kat sana papa, tu yang makin naik tu, tak dapat nak control’’ sampuk yasmin. Aku membutangkan mataku. Yasmin hanya ketawa mengusik.

            ‘’hei, angah ni, nak makan kasut?’’ aku mengeletek adikku.

            ‘’pa, Adam tak datang ke?’’ soalku apabila kelibat teman baikku tidak kelihatan.

            ‘’Adam tak dapat datang, dia busy. Nina tahu tak yang kamu balik Malaysia?’’ baru je aku nak menjawab pertanyaan papa, Iphone 4s milikku berbunyi. Panjang umur betul pak cik ni, aku tersenyum pabila melihat nama pemanggil.

            ‘’helo bro!''

            ‘’Congrulation Izz, selamat gak kau sampai Malaysia’’

            ‘’ish kau ni, ucapla alhamdulilah tak pun bagi salam dulu’’ aku menegur. Ada ke patut ucap tahniah? Dah la tak bagi salam, terus redah je.

            ‘’hehehe, sorry, lupa’’ aku melihat isyarat mama. Papa sudah menarik troliku, aku turut mengaturkan langkah bersama ahli keluargaku ke luar lapangan terbang. Sambil berjalan aku sibuk berbual dengan adam.

            ‘’Izz, datang ofis aku’’

            ‘’pardon?’’

            ‘’Datang ofis aku jap, aku ada problem la’’

            ‘’aku baru je sampai ni’’

            ‘’aku tau’’ laharku mula memuncak. Dah tau aku baru sampai Malaysia, nak gak aku gi ofis dia, dia ingat ofis dia tu sebelah rumah aku ke, eh silap, rumah mak bapak aku ke? bebelku.

            ‘’hah, ingatkan tak tau, kau ingat aku tengah segar bugar ke sekarang ni?’’

            ‘’please!! Eh aku letak dulu la, ada metting lepas ni, ingat tau datang ofis aku petang ni, daa’’ talian terputus. Aku merengus kasar. Eii, nasib baik aku ingat kau kawan, kalau tak, bersepai gigi kau kena dengan aku, kata hati kecilku.

            ‘’kenapa along? Berapi je ni?’’ soal yasmin. Aku melihat papa dan mama memasukkan bagasi ku ke dalam bonet kereta land rover.

            ‘’kereta baru papa? Tak bagi tau kat along pun’’ tegurku. Secara jujurnya, aku baru perasan akan land rover ni.

            ‘’papa kamu beli bulan lepas, dah bosan dah asyik pandu lexus tu’’ kata mamanya. Aku tersenyum, baru 5 tahun pakai lexus tu dah bosan? Papani memang minat bertukar kereta tapi tak selalu la, dalam 5-7 tahun sekali.

            ‘’mama kamu jeles la tu’’

            ‘’kan papa dah beli kia optima kat mama masa anniversary tahun lepas? Kira okey la tu, pa, bagi kat along la lexus tu, boleh along pakai’’ tak silap aku la, tahun lepas yasmin ada memberitahuku  yang papa menghadiahkan kereta kepada mama sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 26 tahun.

            ‘’papa dah jual lexus tu, along ambik la Honda city mama’’ ujar papanya.

            ‘’ni yang sayang lebih ni’’ aku merangkul mama dan papa.

            ‘’hari ni kita makan kat sekincan sempena meraikan along’’

            ‘’eh, ni mesti angah yang nak makan kan?’’

            ‘’mana ada, angah ingat tau kesukaan along’’  yasmin membela dirinya.

            ‘’dah dah.. kita pergi makan kat sekincan, papa pun dah lama tak makan ikan bakar’’
            ‘’jom masuk cepat’’ kami berempat masuk dalam perut kereta. Mewah jugak land rover baru ni, reka bentuk pun unik.. ala, papa kan gaji banyak, setakat land rover ni dia boleh bayar cash je, eh, tak baik riak la Nurul Izzati, aku melawan kata dengan diriku. Aku tersengih kemudiannya.

            ‘’aii along ni dah senget ke kena khatulistiwa ni, yea la, kan dah lama kat Negara 4 musim tu’’ sindir yasmin pabila melihat sengihan ku.

            ‘’ala, angah jeles dengan along sebab tak leh tersengih jugak kan? Meh kita segih sama-sama’’ aku mencubit mulut yasmin. Budak ni memang dengki  tau dengan aku.

            ‘’papa, mama, tengok along ni…’’

            ‘’auu, sakit la, ngah’’ yasmin menggigit tanganku.

            ‘’along, angah, dah besar panjang pun nak bergaduh lagi ke?’’ suara Prof Madya Rozie bergema.

            ‘’angah punya pasal la ni’’ aku memasamkan muka.

            ‘’asal angah pulak, along la’’ yasmin pun tak nak mengalah. Masing-masing keras kepala.

            ‘’angah!’’

            ‘’along!!’’

            ‘’angah’’

            ‘’ya Allah korang berdua ni, masing-masing macam budak kecil. Sorang pelajar phd kat Jordan, sorang lagi pulak dah tingkatan 5 tapi perangai, masyaalah, kalah budak kecil’’ kami berdua terdiam. Hanya buat seketika sahaja sebelum tawa papa meletus dan kami pun turut sama ketawa.


No comments:

Post a Comment