Total Pageviews

Wednesday, 13 November 2013

Arghh...Cinta Jangan Datang! : Bab 1






  "Asya,mama akan hantar Asya ke rumah nenek."Kata mamanya puan Razizah.
 "What ?Grandma house ?"Soal Asyarahtul Rachel terkejut.
 "Yes,Asya akan belajar di sana sampai tamat SPM."Terang puan Razizah.
 "No ma,Asya tak mahu."Balas Asyarahtul Rachel dengan nada tinggi.
 "Asya,jangan biadap."Tengking abangnya Amir Rahman.
 "Amir,diam."Arah papanya Encik Rahman,dia tahu Amir dan Asya memang tidak boleh bertemu.
 "Asya,selagi Asya tak berubah mama tak akan keluarkan Asya daripada kampung.Semua ni muktamad.Full Stop."Kata mamanya.
 "Fine.Tapi semua mesti ingat,Asya tak akan tinggalkan seni pertahan diri.Never."Balasnya lalu beredar.
 "Biarkan dia.Keras kepala."Kata papanya.
 "Yelah,sama macam papalah."Balas puan Razizah.
 "papa pula kena ?"
 "memang pon."Balas puan Razizah lalu beredar.
 "Akak pergi pujuk Asya kejap."Kata Aisyah Rania kepada papanya.
 "Pergilah."
 "Abang pun nak pergi ikut Aisyah."Kata Amran Rahman.Papanya hanya mengangguk.

'Tok,tok,tok.'
 "Akak ngan abang ni."Kata kakaknya Aisyah Rania.
 "Masuklah."Balas Asyarahtul Rachel.
 "Asya nak pergi mana ni ?"Soal kakak dan abangnya.
 "Nak keluar."Balasnya.
 "Kau nak pergi mana ?"Soal abangnya.
 "Jumpa kawan."Balasnya sambil mengambil kunci motosikalnya dan beredar.
 "Hati-hati."Kata kakaknya.
 "Asya nak keluar."Jeritnya di depan pintu.
 "Balik cepat sikit."Balas papanya.
 "Malam ni kita bertolak ke kampung." Sampuk mamanya.
 "Yelah."Balasnya.
Lalu dia memacut laju ke kedai yang kengkawannya selalu lepak.
 "Asya,awalnya kau sampai ?"Tegur seorang kawannya.
 "Aku ada berita gempar untuk kau orang semua."Kata Asyarahtul Rachel.
 "Apa ?"Soal mereka serentak.
 "Aku kena pindah ke kampung,malam ni."Balasnya.
 "Hah ? What  ?"Soal mereka serentak.
 "Awak,kenapa awak kena tukar ke sana ?"Soal teman lelakinya Emir.
 "Mama yang suruh,satu lagi aku nak cakap Emir kita putus."Balas Asyarahtul Rachel.
 "What ? But why ?"Soal Emir.
 "Nah.Kau tengok semua itu. Aku balik dulu."Balas Asyarahtul Rachel.
 "Okey,nanti kitorang akan call kau ?"
 "Okey,bye semua."Balas Asyarahtul Rachel sambil memacut motosikalnya ke arah rumahnya.

Setiba di rumahnya,puan Razizah menyuruhnya menyiapkan pakaiannya.
 "Asya  dah siapkan baju.Mama Asya nak tanya,motosikal Asya boleh tak hantar ke kampung."Soal Asyarahtul Rachel.
 "Tak perlu,mama dah belikan motosikal baru untuk Asya."Balas mamanya sambil mengangkut beg mereka.
Setelah selesai menyimpan beg di bonet kereta,mereka semua menaiki kereta tersebut.

 Setiba di kampungnya,mereka segera bersalaman dengan aki dan neneknya.
"Apa khabar,mak ?"Soal Pn Razizah.
"Baik,mana anak kamu yang Asya tu ?"Soal neneknya nek Jah.
"Yang pakai cap tu nek."Sampuk Aisyah Rania.Lalu,Asyarahtul Rachel menghampiri aki dan neneknya.
"Lawanya cucu aki ni."Kata akinya tok Din ketika Asya bersalaman bersamanya.
"Betul tu,dah lah jom naik."Kata neneknya.Lalu,mereka semua pun masuk ke dalam.
"Ni Asya,yang lain ni biliknya." Kata nenek sambil menunjuk satu persatu bilik.
"Terima kasih nek."Kata Aisyah Rania.
"Cepat sikit bersihkan diri,boleh kita makan.Nenek masak makanan special untuk kamu semua."Kata nenek.
"Baiklah,nek."Balas Amir Rahman.Selepas itu,mereka pun masuk ke bilik masing - masing.Selepas 10 minit Asyarahtul Rachel pun keluar daripada biliknya.
"Asya kenapa lambat keluar ?"Soal mamanya.
"Tak ada apa !"Balasnya.
"Mari makan."Panggil mamanya.
"Ma,Asya kenyang lagi.Asya nak keluar,motosikal Asya tu dah sampai ?"Soalnya.
"Esok baru sampai."Sampuk papanya.
"Okey,Asya keluar dulu."Balasnya.
"Yelah."Balas mamanya.
Lalu dia pun keluar daripada rumah dan berjalan di tepi sawah.
'Wah,nyamannya.'Desis hatinya.
"Woi perempuan."Jerit seorang lelaki daripada pondok tepi sawah.Asyarahtul Rachel tidak mengendahkan mereka.
"Woi,perempuan bertopi !"Jeritnya lagi.Lalu Asyarahtul Rachel memandang mereka.Mereka pun menghampirinya.
"Kau ni siapa ? Tak reti bagi salam ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Aku ? Aku Aeril Safwan.Satu kampung kenal aku.Hero kampung."
"So,apa kau nak ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Awek ni,garang betul."Sampuk salah seorang daripada mereka.
"Apa awek - awek ?"Tengking Asyarahtul Rachel.Lalu Aeril Safwan menghampirinya dengan sungguh rapat.
"Janganlah garang sangat."Kata Aeril Safwan dengan lembut,lalu dia menarik cap Asyarahtul Rachel.
"Woi mamat kampung,pulangkan balik."Jerit Asyarahtul Rachel,lalu menumbuk mukanya.
Aeril Safwan dengan keadaan bengang lalu menampar  mukanya.Tapi tangannya ditahan dan di pusingkan kebelakang.Asyarahtul Rachel terus menarik balik topinya.
"Jangan pandang rendah dengan perempuan."Bisiknya lalu beredar.

Selepas Asyarahtul Rachel beredar,semua kengkawan Aeril Safwan menghampirinya.
"Wow,hebatnya."Kata salah seorang daripada mereka.
"Aku nak,kau orang cari siapa perempuan tu."Arah Aeril Safwan.
"Apasal pula ? Kau nak balas dendam ?"Soal kawannya lagi.
"Cari ajalah."Balas Aeril Safwan.
"Okey."

Keesokkan harinya,
"Asya,papa and mama dah nak balik.Take care okey."Kata encik Amran.
"Pa,please jangan tinggalkan Asya." Rayu Asyarahtul Rachel.
"Sorry,papa no choose."Balas papanya.
"Motosikal Asya dah sampai pagi tadi.Ada di belakang."Kata mamanya puan Razizah.
Lalu mereka semua menaiki kereta,Asyarahtul Rachel hanya mendiamkan diri.
"Take care."Jerit abang dan kakaknya sebelum kereta bergerak.Selepas lima minit,bayangan kereta pun hilang.
"Asya,mari masuk."Kata Akinya.
"Baik,aki."Balasnya lemah.Selepas masuk,Asyarahtul Rachel meluru masuk ke biliknya.
'Nak pakai baju ape ye ?'Desis hatinya.Lalu die memakai t shirt hitam dan memakai kemeja yang tidak di butang,bersama seluar jean paras lutut.
'Mana black cap aku ni ?'Soalnya lagi sambil menyelongkar almari cap.'Selepas menemuinya,dia pun keluar daripada biliknya.
"Aki,Asya nak keluar."
"Okey,aki pun nak ke kebun di kampung sebelah,nenek pula nak ke kedai."Kata akinya.
  "Nek nak ke kedai naik apa ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Jalan kakilah,nak harap aki kau hantar,memang bermimpi."Balas neneknya sambil mengerling aki.
"Biar Asya hantarlah."Balas Asyarahtul Rachel.
"Boleh ke ?"Soal nenek.
"Boleh,lagi pun naik motorsikal."Balas Asyarahtul Rachel.
"Okey."Balas neneknya.
"Asya tunggu kat bawah."Katanya lalu mencapai capnya.
" Jom,nenek dah siap."Kata neneknya.
Selepas neneknya naik,dia terus memacut laju motosikalnya.
"Wan,wan."Panggil seseorang.
"Kau,Alif.Apasal ?"Soal Aeril Safwan ketika kawannya yang di panggil Alif itu menghampirinya.
"Aku ada maklumat tentang budak perempuan tu."Kata Alif.
"Yeke ?"Soal Aeril Safwan.
"Yup.Dia cucu tok Din dan nek Jah. Dia datang dari KL,nama dia Asyarahtul Rachel adik kepada Aisyah Rania dan Amir Rahman.Anak bongsu uncle Amran and aunty Razizah." Terang Alif.
"Hah ? Serius ? Betul ke ? Cucu tok Din ?"Soal Aeril Safwan.
"Yup,kau tak percaya,kau pergi kedai runcit pak Man.Jumpalah dia."Balas Alif.Lalu Aeril Safwan terus memacut motosikalnya ke kedai yang di katakan.
"Okey nek,kita dah sampai."Kata Asyarahtul Rachel.
"Terima kasih."Balas neneknya.
"Okey,Asya tunggu kat sini je."Balasnya .
"Yelah."Lalu neneknya terus beredar masuk ke kedai.Tiba tiba telefonnya berdering,lagu Cintaku tlah mati untukmu.
'Ni mesti Emir.'Desis hatinya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Lalu dia menjawab panggilan video daripada Emir.
"Hai awak."Tegur Emir dalam panggilan video.Asyarahtul Rachel tidak menyedari kehadiran Aeril Safwan dibelakangnya.
"Kau nak apa lagi ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Awak,tolonglah,saya sayangkan awak. I love you so much."Balas Emir.
"Sorrylah,aku dah muak ngan ayat kau tu,semua kata - kata kau murahan."Balas Asyarahtul Rachel.
"Saya boleh terangkan tentang gambar tu."
"Tak perlu."Balasnya lalu mematikan panggilannya.

Selepas dia mematikan telefon bimbitnya,tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang.
"Assalamualaikum, minah singa bandar."Lalu Asyarahtul Rachel memandang orang yang memberi salam ditepinya.
"Kau ? Kau bukan mamat kampung poyo ?"Kata Asyarahtul Rachel.
"Mamat kampung poyo ? Sedapnya nama yang kau kasi kat aku."Sindir Aeril Safwan.
"Kau kasi gelaran kat aku boleh ?,kau nak apa ?" Soal Asyarahtul Rachel.
"Tak ada apa-apa,kau gaduh ngan pakwe ke ?"Soal Aeril Safwan.
"Kau dengar ea ? Berapa lama kau kat sebelah aku ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Memang aku dengar,dah 5 minit aku kat sini."Balasnya selamba.
"Kau kalau tak kacau orang boleh ?"Sindir Asyarahtul Rachel.
"Memang aku tak kacau orang,aku kacau kau je."Balas Aeril Safwan.
"Aku bukan orang?"Sindirnya lagi.
"Okey,suka hati kaulah."Ujar Aeril Safwan.Tiba tiba neneknya keluar daripada kedai.
"Pergi kau."Balasnya.
"Asya dengan Safwan kenal ke ?" Soal neneknya apabila menghampiri mereka.
"Kenal.Semalam lagi dah kenal." Sampuk Aeril Safwan.
"Baguslah,nanti Wan bolehlah tengokkan dia kat sek."Balas neneknya.
"Boleh."Balas Aeril Safwan.
"Jomlah nenek,Asya tak kenal pon dia."Sampuk Asyarahtul Rachel.
"Yelah,Wan nanti datanglah rumah nenek.Lama Wan tak datang."Pelawa Nek Jah.
"Boleh."Balasnya.Lalu Asyarahtul Rachel memacut laju motosikalnya.
Setiba di rumah,dia terus menongkat motosikalnya.
"Mari,Asya tolong angkat barang. "Kata Asyarahtul Rachel.
"Terima kasih."Balas nek Jah.
Selepas mereka berdua masuk ke rumah,nek Jah terus menuju ke dapur.
"Assalamualaikum."Jerit seseorang daripada halaman rumahnya.
"Waalaikumsalam."Balas Asyarahtul Rachel lalu berjalan menuju ke pintu.
"Cari siapa ?"Soal Asyarahtul Rachel lalu memusingkan capnya ke belakang.
"Nek Jah ada ?"Soal lelaki itu,lelaki itu terpegun dengan wajahnya yang menyerupai Juliana Evans.
"Kejap."Balas Asyarahtul Rachel.Lalu dia terus meluru ke dapur.
"Nek,ada orang cari nenek."Kata Asyarahtul Rachel.
"Siapa ?"Soal neneknya.
"Entah,tapi lelaki."Balasnya.
"Suruh dia masuk."
Lalu Asyarahtul Rachel kembali bertemu lelaki tersebut.
"Masuklah."Arahnya.Lelaki itu terus naik ke atas rumah itu. Tiba - tiba,nek Jah menyapanya.
"Rayyan,napa datang tak beritahu ?"Soalnya.
"Saja nak buat nek Jah terkejut." Balasnya.Asyarahtul Rachel hanya membatu.
"Ni,cucu bongsu nek Jah."Kenal Nek Jah.
"Ouh,hi saya Aqil Rayyan."
"Asyarahtul Rachel,call Asya."
"Nice to meet you."
"Kenapa datang ni ?"Soal nek Jah sambil duduk berbual.
"Tok Din yang suruh saya datang, hantar barang ni."Balasnya.
"Ouh,terima kasih banyaklah."
"Nek,Asya nak keluar."Sampuk Asyarahtul Rachel.
"Kejap,Rayyan kamu nak ke mana lepas ni ?"Soal Nek Jah.
"Tak kemana."Balasnya.
"Kamu boleh temankan Asya jalan - jalan ?"Soal Nek Jah.
"Boleh."Balasnya.
"Okey,Asya jalan ngan Rayyan ye ?"Ujar neneknya.Dia hanya mengangguk.
Lalu Asya hanya mengikuti ke mana Rayyan pergi.
"Asya umur berapa ?"Soal Aqil Rayyan.Aqil Rayyan seorang yang sangat kacak rupanya seakan - akan berkacukan Jepun.
"17 tahun,kau ?"Soalnya setelah dari tadi diam.
"Samalah.Kau sekolah kat sini ke ?"
"Macam tulah."Balasnya sambil membetulkan cap hitamnya.
"Kenapa kau tak buka je cap kau tu ?"Soalnya lagi.
'Banyak tanyalah pulak mamat ni."Desis hatinya.
"Sebab aku suka pakai cap."
"Hai,Rachel."Tegur seseorang daripada belakangnya.Lalu dia segera menoleh.
"Kau ?"Itu sahaja yang mampu di katakan.
"Wan,kau kenal ke die ?"Soal Aqil Rayyan.
"Mestilah."Balas Aeril Safwan.
"Ouh,baguslah.Tak payah aku kenalkan.Jomlah ikut aku sekali."Pelawa Aqil Rayyan.Asya terdiam.
"Boleh juga."Balasnya.Lalu mereka berjalan bersama - sama,namun Asya hanya mendiamkan diri.Aeril Safwan hanya menolak basikalnya sambil berbual bersama Aqil Rayyan.
"Malam ni,belajar silat kat rumah aki.Jangan silap tempat pula."Kata Aqil Rayyan.
"Okey."Balas Aeril Safwan.Lalu Aqil memandang jam tangannya.
"5.30,aku kena balik.Kau bawa dia jalan - jalan kat kampung ni. Boleh ?"Soal Aqil Rayyan tergesa - gesa.
"Boleh."Balasnya sambil tersenyum sinis ke arah Asya.Asya semakin cuak.Aqil Rayyan terus berlari,sehingga tidak melihat kelibatnya.
"Woi minah singa bandar."Tegur Aeril Safwan.
"Apasal ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Naik basikal ni,duduk kat belakang aku."Arah Aeril Safwan.
"What ? Are u crazy ?"Soalnya.
"Naik jelah."Balasnya dengan nada agak keras.Lalu Asya hanya menuruti,walaupun dia berasa amat cuak.Lalu Aeril Safwan membawa basikal itu secara tenang.
"Best juga naik basikal ni."Kata Asyarahtul Rachel.
"Memanglah best,yang penatnya aku,sebab aku yang mengayuh." Balas Aeril Safwan.
"Padanlah muka kau.Mamat kampung poyo,sebenarnya aku nak minta maaf pasal hari yang aku tumbuk muka kau tu.Serius aku tak sengaja.Time tu aku berang sangat dengan family aku sebab hantar aku ke sini."Ucap Asyarahtul Rachel.Dia tidak mahu Aeril Safwan berdendam dengannya dan memberitahu nenek dan akinya sebelum masuk sekolah.
"Kau nak aku maafkan kau ?" Soalnya.
"Memanglah."Lalu Aeril Safwan berdiam diri dan mengayuh basikalnya dengan laju.Asyarahtul Rachel yang berada di belakangnya terus memeluk pinggangnya dengan erat kerana dia nyaris jatuh.Aeril Safwan terpegun dengan tindakkan Asya.Setiba di sebuah kedai,Aeril pun membeli sesuatu,lalu dia membawa Asya ke satu tempat yang mudah untuk melihat matahari terbenam,dia pun membawa Asya ke pondok yang berhampiran.
"Kalau kau nak aku maafkan kau,petang ni kau teman aku tengok matahari terbenam.Sementara tu,nah aku belikan kau ais krim.Boleh makan sebelum matahari terbenam."Kata Aeril Safwan. Asyarahtul Rachel hanya mengikuti apa yang dikatakan Aeril Safwan.
"Kau selalu datang sini ?"Soal Asyarahtul Rachel selepas mendiam terlalu lama.
"Memang selalu,boleh dikatakan hari hari."Balas Aeril Safwan.
"Tak akan tak ada orang kat sini ?" Soalnya.
"Ada tapi diorang tengok dekat taman."
"Siapa yang buat pondok ni ?"Soal Asya kehairanan.
"Akulah,aku tak pernah bawa sesiapa pun dekat sini kecuali kau."Balasnya sambil menunding jari ke arah Asya.
"Oh,tapi kenapa kau bawa aku ke sini ?"Soal Asya lagi.
"Sebab itu hak aku,ini tanah mak ayah aku.Tapi,diberi kat aku.Sebelum aku lupa,satu lagi perkara yang aku nak kau buat sebelum aku maafkan kau."Kata Aeril Safwan.
"Apa lagi ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Cabut cap kau."Arahnya.
"Noway."
"Aku takkan maafkan kau."
"Fine."Balasnya lalu membuka topinya.Asya membetulkan rambutnya yang serabai itu.Selepas beberapa minit,Aeril Safwan terpegun melihat kecantikkan Asya.
"Rupa kau macam Juliana Evans." Kata Aeril Safwan sambil mengalih pandangannya,kerana jantungnya tetiba berdegup.
"Yelah tu,pujian yang pelik."
"Serius,aku tak tipu."Balas Aeril Safwan.
"Suka hati kaulah."
"Jom ambil gambar dengan matahari terbenam."Ajak Aeril Safwan.
"Boleh juga."Balasnya.Lalu mereka meletakkan kamera diatas satu objek dan selepas 1 minit,camera itu pun berbunyi.
"Okey dah.Jom duduk tengok matahari pula."

No comments:

Post a Comment