Total Pageviews

Monday, 4 November 2013

Sejak Dulu Lagi : Bab 2







Setibannya dirumah,Lya Aisya segera bersiap-siap untuk menunggu adzan untuk menunaikan solat Maghrib.Almaklumlah, sekolah sesi petang, takut terbabas pulak.Setelah selesai menunaikan solat,Lya Aisya bergegas turun ke tingkat bawah untuk makan malam bersama ibu dan ayah tercinta.
            “Wah,sedapnya bau masakan ibu.Erm, mesti sedap ni!”
            “Eleh, macam tak biasa pulak dia.Ni kan ibu, mestilah ibu masak sedap!”kata Puan Sharina bangga
            “Hehe, lapar lah, ibu! Rasa macam tak makan seminggu pulak!”kata Lya Aisya sambil tersenyum
            “Aik,takkan lah Lya tak makan dekat sekolah tadi?”tanya Puan Sharina sambil menghidangkan makanan.
            “Eh, mana ada.Lya makanlah,Lya makan sandwich saja.”jawab Lya Aisya
            “Eh,  takkanlah makan sandwich saja? Ayah bagi duit RM10 tu beli sandwich saja?Sandwich tu berapa ringgit?”sampuk Encik Rayyan iaitu ayah kepada Lya Aisya
            “Seringgit saja.Lepastu Lya belanja kawan baru Lya makan karipap” jawab Lya Aisya dengan selamba
“Takpalah, jimat juga duit ayah kalau macam ni.Seminngu ayah bagi sepuluh ringgit sajalah,takpa kan?”
“Ala,ayah ni.Takkan pasal tu pun ayah nah berkira?”
            “Macam mana ayah tak berkira, duit tu ayah bagi untuk kamu makan.Bukan untuk kamu alas perut dengan sandwich.Lain kali beli makanan yang berat sikit,barulah kenyang, berbaloi,tak mengganggu time belajar.”
            “hey,sudah sudahlah tu, tak baik bergaduh depan rezeki.Nanti rezeki lari!” sampuk Puan Sharina
            “Ibu masak sedap ni, takkan tak terliur?” sambung Puan Sharina
            “Eh, terliur,terliur , terliur.”kata Lya Aisya dan Encik Rayyan dengan serentak.Lalu mereka bertiga menjamu selera dangan punuh kenikmatan.Setelah itu,Lya Aisya pergi ke tingkat atas semula untuk membuat kerja sekolah dan ulangkaji.Tepat jam 11 malam,Lya Aisya selesai membuat kerja sekolah dan  ulangkaji.Lya Aisya terus baring keatas katilnya lalu termenung ke atas.Pabila mengingati kisah hari pertama persekolahannya,Lya Aisya berasa benggang.Ya,bengang dengan perangai Zul Ezairi.Tiba-tiba, Lya Aisya terfikir kan sahabat baiknya,Rina Asnida. Lalu menelefon.
            “Assalamualaikum Rina, kau sihat?”
            “Waalaikumussalam, sihat.Nie kenapa  call aku malam-malam ni? Mesti ada apa-apa berlaku time hari pertama sekolah kan?”
            “Sebenarnya macam-macam berlaku dekat aku disebabkan Mamat Poyo Perfect tu!”
            “Hah, Mamat apa? Apa pelik benor namanya?”
            “Eh, takdalah.Itu aku yang panggil.Tapikan,aku masih tertanya-tanya kenapa mak aku masukkan aku dekat sekolah pendalaman tu.Terkejut aku bila tengok ada sebahagian daripada sekolah tu adalah kayu! Tapi aku buat ‘don’t know’ saja sebab takut kena marah pulak bila cakap camtu.hehe”
            “Eleh Lya, ayat nak gempak saja.Kau reka citer kan?
            “Reka citer nenek hang! Aku cakap jujur ni.Agaknya sebab apalah mak aku suruh aku  sekolah dekat situ.Elok-elok aku duduk satu asrama dengan kau, tup tup pindah sekolah kayu.”
            “Dah,dah la tu Lya.Kau lupa ke yang kau cakap nak dengar nasihat aku yang kau nak sekolah dekat situ?’
            “Aku tak lupa tapi..”belum sempat Lya Aisya hendak menghabiskan ayatnya, Rina terus potong dengan berkata
            “Tapi apa? Dah takda tapi,tapi.Kalau dah cakap dekat aku kau nak buat apa yang aku nasihat haritu, buat sajalah.Tak payah diungkit-ungkitkan lagi”
            “Herm, yelah”Keluh Lya Aisya
            “Tapi Myn, aku tak puas hatilah dengan si Mamat Poyo Perfect tu!”
            “Dah,tidur. Kalau aku layan kau sampai esok tak habis. Kau takpalah sekolah petang. Aku pagi,nanti lau aku bangun lewat takut orang yang sewa serumah dengan aku ni membebel pulak.Erm, sabtu ni, nanti kita jumpa kat taman macam biasa,pagi.Sambil jogging nanti kau bolehlah cerita dekat aku ye!”
            “Ala, lama tu. Hari ni baru isnin,nak kena tunggu sampai hari sabtu”
            “Lama tak lama, kalau nak cerita pergi. Kalau taknak cerita sudah.Bye,Assalamualaikum”
            “Waalaikumussalam”
Lya Aisya yang masih tidak mengantuk itu terus menggambil salah satu daripada koleksi novelnya untuk dibaca.Begitulah Lya Aisya meluangkan masa lapangnya dengan buku-bukunya sehinggalah Lya Aisya mengantuk.

 Keesokkanya, seperti biasa pemandunya akan menghantarnya di depan pintu  pagar sekolah.Lya Aisya berjalan menuju tapak perhimpunan iaitu tempat Myn Mardiana berada.Sempat lagi melihat Zul Ezairi dan rakannya bermain bola.
            “Aik, diorang ni awalnya datang? Siap pakai baju jersey lagi.Semalam pun macam tu, tapi semalam dalam kelas si Mamat tu pakai baju pengawas?Arh abaikan jela” bisik hati Lya Aisya.
Melihat Myn melambai tangan terhadap Lya Aisya,Lya Aisya dengan  segera pergi kearah Myn lalu duduk disebelahnya.
            “Hai! Awalnya Myn datang?”
            “Eh,  takda lah. Myn memang datang macam ni setiap hari”
            “Ouh,”kata Lya Aisya sambil menganggukkan kepalanya
            “Nah, tengoklah.Ini lah gambar si Wana tapi dia tak pakai tudung.Tapi Myn still tak jumpa perbezaan antara Lya dengan Wana dari segi rupa”
Lya Aisya ambil gambar tersebut lalu ditenung.
            “Betullah,muka dia mirip dengan Lya, tapi…”
“Tapi apa Lya?”
“Tapi dia takda lesung pipit” kata Lya Aisya sambil tersenyum
“Meh sini tengok muka kau, Lya.Cer senyum”
Lya Aisya pun senyum.Lya Aisya melihat muka Myn berkerut kehairanan
            “Takda pun lesung pipit kau, Lya.Perasan ja”kata Myn Mardiana tidak puas hati
            “Ish kau ni, aku tutup lesung pipit aku dengan tudung la.Kau perasan tak aku pakai tudung bahagian tepi tu macam kedepan?”lalu Lya Aisya segera  menunjuk lesung pipitnya itu.
            “Ha’ah la.Pandai kau cover”
            “Hehe.Erm, aku nak tanya something boleh tak Myn? Kenapa si Eiz dangan geng bola sepak tu datang awal? Diorang memang selalu macam tu ke?”
            “Alahai,kau tak tahu ke?si Eiz tu pemain bola sepak sekolah kita.sekarang ni dia wakil untuk negeri Selangor.Itulah pasal dia datang awal, sebab dia nak practise.Lepastu,nanti bila nak masuk kelas,pandai-pandai dioranglah nak tukar baju dan lain-lain.”
            “Ouh macam tu.”
Kringg! Loceng berbunyi menandakan masa untuk masuk kelas dan belajar.Setibanya dikelas,seperti biasa Lya Aisya akan meluangkan masanya dengan membaca novel atau mengulangkaji ketika ketiadaan guru.Tapi, Lya Aisya tidak dapat menghayati dengan sepenuhnya kerana kekhusyukkannya telah  diganggu.Pergh, mana tidaknya tak khusyuk kalau kerusi Lya Aisya di tendang. Ditendang oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan Zul Eizairi.Lya Aisya tidak mengendahkannya
“Ouh,kau buat tak tahu ya.Siaplah kau Lya” bisik hati Zul Eizairi.
Tiba-tiba ‘banggg!!’ bunyi hentakkan tangan Zul Eizairi di meja Lya Aisya.
            “Ish Mamat ni, nasib aku tak kena heart attack! kalau tak dah lama dah aku innalillah.Nasib baik dekat dalam kelas, kalau tak dah lama dah aku sumbat kau dalam kotak lepastu aku post dekat Africa! Baru aman hidup  aku. Sabar Lya, Sabar  ”bisik hati Lya Aisya tidak puas hati
Lya dengan segera bangun lalu berkata
            “Awak ni dah kenapa? Tak habis-habis nak cari pasal dengan saya!”orang disekeliling yang sedang melihat Lya Aisya dan Zul Eizairi tidak di endahkan lagi.
            “Dah tu, aku panggil kau buat tak dengar ,kenapa?”
            “Apa awak cakap, saya buat-buat tak dengar? Macam mana nak dengar kalau panggil guna kaki! Sepak-sepak kerusi saya! Apa yang awak nak sebenarnya?”
“Aku cuma nak bagi tahu kau budak baru, yang hari ni kau bertugas bersihkan papan putih, tu saja!”
“Alahai, ni saja ke sampai nak sepak-sepak kerusi orang.Apa hak awak nak suruh-suruh orang?” soal Lya Aisya
“Aih, takkan kau dah lupa.Aku kan ketua kelas” 
“Apa tengok-tengok? Pergi sambung kerja masing-masing” kata Zul Eizairi kepada rakan sekelasnya yang melihat debatan Zul Ezairi dan Lya Aisya.Lya Aisya yang malas melayan kerenah Zul Ezairi dengan segera memadam papan putih tersebut.kalau dilayan juga,hilanglah sifat penyabar Lya Aisya.Kalau hilang sifat penyabar Lya Aisya, habislah lebam-lebam badan Zul Eizairi.
            “Aik, aku rasa mula-mula masuk kelas tadi papan ni dah bersih, kenapa pulak tiba-tiba ada tulisan? Ni mesti kerja si Mamat Poyo Perfect tu.Kurang Ajar betul, kalau ikutkan hati mahu diajar saja orang seperti Eiz ni!” Bisik hati Lya Aisya tidak puas hati sambil memadam papan putih.
Setelah selesai memadam papanputih,Lya Aisya segera duduk ditempat duduknya,sempat lagi Lya Aisya menjelingkan matanya terhadap Zul Eizairi tanda sakit hati tadi masih tidak hilang.
            “Hoi Budak Baru,dengar lah ni aku nak cakap” kata Zul Eizairi dengan nada yang perlahan
            “Hermm.”balas Lya Aisya kemalasan
            Today,you lose! Haha” kata Zul Eizairi dengan gembira
            “Lya, jangan layan si Eiz ni, dia datang bulan tu sebab tu lah tak betul”
Lya Aisya hanya ketawa sahaja apabila mendengar Myn berkata begitu.Yela,mana taknya,lelaki datang bulan?Funny okay,funny.Perasaan amarah yang berbuak-buak hilang begitu sahaja apabila mendengar jenaka  Myn.Belum sempat Zul Eizairi membalas, tiba-tiba cikgu datang.
“Bangun”kata Zul Eizairi.
Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.Semuanya focus-focus.Yela, mana tidaknya,kelas atasan.

No comments:

Post a Comment