Total Pageviews

Thursday, 17 October 2013

Sejak Dulu Lagi : Bab 1





“Ibu!, kenapa dalam banyak-banyak sekolah, sekolah yang itu juga ibu pilih…Lya taknak lah, dah lah pendalaman, jauh pulak tu ,sesi petang lagi. Lya takut takda kawan….”Lya Aisya merungut..
            “Kalau ibu kata pergi, pergi! Lya sayang ibu kan? Kalau sayang ibu jangan buat perangai macam ni..Tak pernah-pernah buat perangai tiba-tiba buat macam ni.”
            “Ibu hantar Lya dekat sekolah ni mestilah ada sebab, sebab Lya lah ibu buat macam ni” sambung Puan Sharina iaitu ibu kandung Lya Aisya
            “Okay lah, Lya faham…Lya pergi masuk bilik dulu ya..Assalamualaikum”
            ‘‘Waalaikumussalam” Jawab Puan Sharina sambil menggelengkan kepalanya.
Lya Aisya masuk ke bilik lalu mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa untuk hari pertamanya bersekolah menegah,iaitu hari yang ditakutinya.Lalu, Lya Aisya terus membaringkan dirinya diatas katil empuk yang bersaiz ‘queen’ itu sambil merenung keatas.Tiba-tiba Lya Aisya terfikirkan kawan baiknya,Rina Asnida. Lya Aisya bergegas mengambil telefonnya lalu menelefon sahabat baiknya itu.
“Assalamualaikum Rina,apa aku nak buat sekarang ni? Esok hari pertama aku pergi sekolah tu, entah macam mana rupa sekolah tu pun aku tak tahu.”
            “Waalaikumussalam, habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Telefon polis suruh mak kau batalkan? Macam tu?”
            “Kau ni pun, bukan nak bagi semangat dan dorongan dekat aku, kau patahkann lagi semangat aku..”
            “Yelah,yelah..Kau nak aku buat apa?’’
            “Aku just nak mintak pendapat kau jelaa, patutkah aku buat-buat senggugut ataupun buat-buat demam and tak larat? Yang mana satu lagi bagus?”
            “Astargfirullah,apa yang kau merepek ni Lya? Kau jangan buat kerja gila yang sia-sia,Lya. Lagi satu,tak baik tau kau menipu orang tua kau, berdosa! Tambah-tambah lagi mak kau Lya, kau nak jadi anak derhaka ke?Lya yang aku kenal bukan macam ni, Lya yang aku kenal patuh kedua ibubapanya”
            “Dah tu, aku nak buat macam mana, aku taknak pergi sekolah kalau takda kau! Kau macam tak tahu pulak, yang kita ni daripada kecil,sekolah tadika lagi pergi sekolah sama-sama.Tup tup, aku kena pindah sekolah, sekolah luar bandar pula tu!”
“Macam ni jela, kau dengar nasihat aku tau..bagi pendapat aku la, kau akur jela apa yang mak kau suruh, mesti ada hikmahnya kan?Pergi sekolah niat bukan sebab aku tau, pergi sekolah niat Lillahita’ala.Boleh? sambil tu dapat juga pahala”
“Erm, dengan satu syarat?Boleh”
“Apa syaratnya? Jangan bagi susah-susah Lya,naya aku. Aku bukannya anak orang kaya macam kau”
“Ish, takda maknanya, syaratnya adalah jangan lupakan aku tau!”
“InsyaAllah, selagi aku hidup, aku takkan lupakan kau”
“Okay, thanks kawan, nasib ada kau, kalau tidak tak tahu la apa jadinya”
“haha, okay la..Aku nak kemas-kemas barang  ni. Bye, assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” balas Lya Aisya lalu munutupkan telefonya…
Lya Aisya bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat fardhu Isyak sebelum tidur.Selepas menunaikan solat,Lya Aisya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Lya Aisya berjalan dengan penuh debaran.Melihat orang sekeliling,ada lagi yang sempat bermain bola sepak di pandang. Tiba-tiba, sebiji bola berhenti betul-betul dihadapan Lya dan datang pula seorang lelaki lalu berkata
            “Awak, tolong hulurkan bola  tu”
Dengan segera,Lya Aisya menghulurkan bola tersebut.
            “Ish, suka hati dia saja nak suruh-suruh orang.Nasib baik muka mamat ni handsome” Ngomel Lya Aisya dalam hati.
 Lya Aisya yang perasan lelaki tadi tiba-tiba terpaku dek melihat wajahnya,Lya Aisya terus beredar dari situ dengan segera.Ketika dia beredar, dia terdengar jeritan kawan lelaki tersebut
“Zul, cepatlah ambil bola tu! Apa yang kau termenung lagi”
            “Sekejap la!” kata lelaki tersebut
            “Oh, nama mamat ni Zul rupanya.Boleh tahan jugak” bisik hati Lya Aisya
Setelah selesai berurusan dipejabat.Lya Aisya dikehendaki mengikuti seorang guru untuk menunjukkan kelasnya.Lalu,cikgu tersebut  memperkenalkan dirinya kepada murid-murid. Degupan di jantung Lya semakin laju.
            “Lya, kamu duduk di tempat kosong tu, sebelah Myn.”
            “Baiklah , cikgu”
Lya Aisya segera duduk ditempat tersebut.Apabila melihat sekeliling,baru Lya perasan bahawa lelaki tadi yang menegurnya duduk di belakangnya.Sempat lagi menegur  Lya Aisya
            “Hai , nama saya Zul Eizairi,panggil saja Eiz”
            “Oh,hai.Saya Lya, Lya Aisya”
Dengan segera Lya Aisya melarikan diri dengan bersembang dengan rakan disebelahnya. Zul Eizairi temenung panjang.
            “Zul, apa yang kamu termenung lagi? Kamu lupa ke tugas kamu sebagai ketua kelas?” tegur cikgu
            “Maaf cikgu” lalu dengan segera mengucapkan salam. Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar.

Kringggg! Loceng sekolah berbunyi.Menandakan telah tiba waktu rehat.Kami berjalan bersama-sama untuk pegi ke kantin.Hrmm, boleh tahanlah, tapi kantin sekolah ni kecil.Macam full saja? Macam mana aku nak makan??
            “Myn, Lya rehat dengan Myn boleh??”
            “Ish, mestilah boleh! Erm..Lya,Myn nak cakap something boleh?”
            “Apalah,itu pun nak mintak izin..It’s okay.Hah, Myn nak cakap apa?”
            “Buat pengetahuan kau, Lya.Muka kau hampir sama dengan Bekas Teman Wanita ketua kelas kita, Eiz. Mula-mula aku pelik juga,kenapa awek Eiz sekolah sini,sebab haritu awek Eiz kata nak pindah sekolah.Rupa-rupanya, bila cikgu perkenalkan kau, baru aku tahu yang kau ni orang lain””
            “Eleh, Myn gurau saja kan?”
            “Ish,ada pula dia cakap macam tu.Aku Siriuslah wahai cik Lya Aisya”
            “Yeka? Patutlah setiap kali dia tengok muka aku saja, dia termenung.Rindu awek dia la tu”
            “Nanti aku bawa gambar awek dia.”
            “Hah! Lupa pula nak bagi tahu Lya, Nama Lya cantik. Cantik sangat time first-first dengar”
            “Betul ke? Thanks Myn.Nama Myn pun apa kurangnya,Cantik secantik tuannya iaitu Myn Mardiana.Ermm,okaylah.Myn nak beli makanan apa?Lya Tolong belikan?”
            “Takpa lahh, sekejap lagi Myn beli,Myn nak cup tempat duduk dulu”
            “Oh,Okay”
“Hrmm, nak beli apa ya? Rasa malas pula nak beli makanan berat.Hah, Beli sandwich sajalah..”bisik hati Lya Aisya
            “Acik, nie berapa” Tanya Lya dan Zul Eizairi serentak sambil memegang
 Sandwich yang sama..
            “Ish!” sungut Lya Aisya dan Zul Eizairi serentak.
            “Saya dapat dulu!” kata Lya Aisya dan Zul Eizari serentak
            “Acik!Saya yang dapat dulu kan??”sambungnya lagi
            “Ish, apahal mamat ni, aku nak roti ni dia nak roti ni jugak. Dalam banyak-banyak roti,kau sibuk pilih yang aku pilih kenapa?!” bisik hati kecil Lya Aisya sambil menahan marah yang berbuak-buak.
            “Erm, takpa lah cik, saya ambil karipap sajalah” kata Lya Aisya dan Zul Eizairi serentak sambil memeggang karipap yang sama
            “Awak ni dah kenapa,Eiz? Kenapa suka sangat tiru orang!” Jerkah Lya Aisya kerana tidak dapat menahan dengan kerenah Zul Eizairi
            “Eh, Aku pulak yang dipersalahkan?!” balas Zul Eizari sambil menunding jari kearah sendiri
            “Yela, habistu siapa lagi yang sibuk tiru saya?”
            “Amboi, amboi, amboi.Hei budak baru! Aku tak inginlah nak tiru kau.Setahu aku, Kau yang sibuk nak tiru-tiru orang. Aku tahulah yang aku ni handsome, bergaya, pandai, bertanggungjawab dan ketua pengawas pula tu. Tapi tak payah lah sampai nak tiru-tiru orang, lepastu tunding-tunding jari nak salahkan aku!” Balas Zul Ezairi
            “Ish, mamat ni punya perasan tak boleh ke laut lagi ke?”kata Lya Aisya sambil memperlahhankan suaranya
            “Apa kau cakap budak baru? Kau panggil aku Mamat? Suka-suka hati kau saja nak ubah-ubah nama orang. Nama aku dah cukup handsome dah macam aku yang handsome, bergaya, pandai dan bertanggungjawab ni. Kau pula pergi ubah jadi nama ‘mamat’ yang entah apa-apa tu!”Bidas Zul Ezairi
            “Eh,awak terasa ke? Awak, saya mintak maaflah, saya tiada niat pun nak cakap macam tu dekat awak.” Peril Lya Aisya
            “Eh Budak Baru, kau ingat aku bodoh ke? Aku tahu lah beza cara orang minta maaf dengan ‘Ihklas’ atau dangan cara ‘perli’ macam kau.Nasiblah kau ni perempuan, kalau tak dah lama dah aku tumbuk muka kau!”
            “Mamat ni fikir yang aku ni takut sangat ke dengan dia? Aku belajar karate laa… master tau.”Bisik hati kecil Lya Aisya
            “Awak, macam ni ke gaya ketua pengawas? Tak layak langsung. Adakah patut ketua pengawas nak tumbuk orang walaupun masalah tu sekecil zarah?ish tak patut, tak patut.”kata Lya Aisya sambil menggelengkan kepalanya
            “Apa? kau kata ni masalah sekecil zarah?! Apa kau fikir senang ke mak ayah aku nak cari nama yang handsome macam aku yang handsome, bergaya,pandai dan bertanggungjawab ni?” bidas Zul Eizairi
Lya Aisya yang malas melayan kerenah Zul Eizairi dengan segera mengambil sandwich dan karipap yang direbutkan tadi. 
            “Acik,nah duit untuk roti dan karipap” kata Lya Aisya sambil mengangkatkan sebelah keningnya pada Zul Eizairi tanda Lya Aisya sudah menang.Ya, menang dalam dunia rebut ‘Sandwich dan ‘Karipap’!. Geli hati Lya Aisya apabila melihat Zul Eizairi terngaga kerana terkejut, tetapi perasaan tersebut tidak ditunjukkannya.Cover Lya, Cover..
            “Hoi Mamat Poyo Perfect! Tutup mulut awak nanti masuk lalat..Awak,1-0..sya menang” perli Lya Aisya
            “Oh, takpa kau budak baru. Ada lori ada bas, Ada hari aku balas” kata Zul Eizairi tidak puas hati lalu membeli makanan yang lain.
            “Lya, kau okay ke? Kenapa beli lama sangat? Risau aku” kata Myn sambil menarik tangan Lya Aisya.
            “Oh, aku okay je.Ambil lah karipap ni, aku belikan untuk kau. Tu yang lama sikit tu”
            “Oh, ye ke.. Terima kasihlah banyak-banyaknya.”
            “Sama-sama.Alah, benda kecil saja.”kata Lya Aisya tersenyum manis
            “Oh,Lya..Lupa pulak nak bagi tahu kau nama awek Eiz.Nama dia tu Wana.Tapi, ada sikit sahaja perbezaan antara kau dan dia.”
            “Apa dia?”
            “Tapi aku tak perasan lah apa yang membuat kau dengan dia berbeza.Tapi serius ada something yang berbeza tapi aku tak perasan,hehe”
            “Ish kau ni , baik tak payah cerita.Cerita bukan main lagi.Tak apa,Myn cari lah sampai jumpa apa perbezaan Lya dengan  Wana ya.I’ll wait for it”
            “Okay,hehe.Aku ada dengar nada ‘perli’ tadi.Kau ada dengar tak?”
            “Amboi, dalam diam kau pun peril aku juga..”
            “Eh,eh mana tahu ni?”
            “Cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja.Loceng rehat sudah berbunyi.Lebih baik kita pergi kelas”kata Lya sambil mengikut rentak lagu Cukup-cukuo sudah.

Tepat pada pukul 6:40 petang,tiba masa untuk Lya Aisya dan rakannya pulang. Ya,pulang dengan perasaan bengang.Bengang terhadap lelaki yang bernama Zul Ezairi kerana sempat lagi berkata
            “woi, budak baru! Kau ingat. Aku yang handsome, bergaya,pandai dan bertanggungjawab ni masih tak puas hati dengan kau. Mungkin ni aku baru bagi peluang dekat kau. Sebab itulah kau dapat mata 1dan aku pulak kosong dan mungkin ni hari kau.Tapi esok lusa mesti hari aku pulak”
            “Apa-apalah Mamat Poyo Perfect”
            “Apa?! kan aku dah cakap..Aku tak suka bila orang suka suka hati saja tukar-tukar nama orang! Kau tak faham lagi ka?
            “Eleh, kau ingat aku takut sangat ke dengan kau? Setakat nama saja pun. Lagi pun , yang kau panggil aku Budak Baru boleh pulak?!”
            “Apa kau cakap Budak Baru?  ‘Nama saja’? Aku ni jenis yang menghargai kedua ibu,bapa. Mereka berdua dah bersusah payah nak cari nama sehandsome aku.Sebab itu lah aku ambil serius pasal ni. Lagi satu, Kau cakap aku ubah nama kau? Aku tak ubahlah, tapi kebenarannya kau memang budak Baru di sekolah ni.dan kenyataannya kau tu baru saja sehari.Aku ulang sekali lagi, kau tu baru sahari,sedar lah sikit!”
“Dah? Dah habis cakap? Kalau saya tinggal awak saya risau awak jadi gila pulak.Yela, cakap sorang-sorang”kata Lya Aisya dengan muka yang penuh dengan gaya selamba
“Bye!” sambung Lya Aisya sambil berlari meninggalkan Zul Ezairi lalu pergi ke pemandu keretanya yang tercegat menunggu itu dengan segera.
“Hei Lya! Aku tak habis cakap lagi la!” jerit Zul Eizairi
Lya Aisya dengan segera masuk ke dalam perut kereta mewah BMW  itu lalu membuka tingkap kereta dan masih sempat menjerit lagi kepada Zul Eizairi.
                        “Bye Mamat Poyo Perfect! You lose! haha” sambil melambai dan menjelir lidah menunjukkan Lya Aisya menang sekali lagi.

Setibannya dirumah, Lya

1 comment: