Total Pageviews

Friday, 17 January 2014

3 and Smile : Bab 2

’Good morning    Tuk Pa’’ sapa Aufal. Dia menarik kerusi untuk duduk bersarapan pagi. Mak Tun, pembantu rumah datuknya mencedokkan bihun goreng ke dalam pinggan Aufal dan segelas jus oren dituangkan ke dalam gelas.

                ‘’Macam mana dengan sekolah baru?’’ soal Tan Sri Nik Nasri. Sudah seminggu cucu tunggalnya itu bersekolah di sekolah baharu namun dia tidak dapat bertanyakan secara langsung, hanya melalui panggilan telefon sahaja kerana dia ada mesyuarat penting di Dubai.

                ‘’So far okey la’’

                ‘’Kalau macam tu Aufal sambung tingkatan 6 di sana juga la, bolehkan?’’

                ‘’Mana boleh Tuk Pa, lagipun Tuk Pa yang kata sampai habis SPM je, lepas tu Aufal boleh pergi US’’ Aufal mencebik. Suapannya dihentikan tanda protes.

                ‘’Hah, apa yang Aufal dok mencebik tu?’’

                ‘’Tak ada apa la Tuk Pa’’ dalih Aufal menahan geram. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula datuknya itu.

                ‘’Teruskan saja makan tu. Nanti kalau kena ganstrik susah pula. Tuk Pa cuma bergurau saja dengan cucu tunggal Tuk Pa ni, salahkah?’’ Tan Sri Nik Nasri membuat mimik muka sedih, jangan tak tahu pula, sewaktu di sekolah menengah dahulu, Tan Sri Nik Nasri merupakan pengerusi kelab teater. Aufal hanya meneruskan suapannya. Drama datuknya itu sudah tidak berkesan lagi bagi cucunya.

                ‘’Sebelum Tuk Pa terlupa….’’ Sengaja dia membiarkan ayatnya tergantung. Aufal menjongketkan keningnya.

                ‘’Aufal dah ada colan ke?’’

                ‘’Calon? Calon apa, Tuk Pa?’’

                ‘’Calon isteri la.. Tuk Pa nak juga ada cicit’’ tersedak terus Aufal dibuatnya. Mukanya memerah.

                ‘’Apa ni, Tuk Pa? I’m still young, okay?’’ Aufal terus meneguk jusnya. Apa la mimpi datuknya sehingga merepek yang bukan-bukan sewaktu bersarapan.


                ‘’Tuk Pa bergurau je la. Kenapa emo sangat cucu Tuk Pa ni? Ke memang dah ada calon?’’ lagi teruk dia tersedak dibuatnya. Tan Sri Nik Nasri menepuk belakang cucunya sambil ketawa. Bukan senang dia mahu mengusik cucu tunggalnya itu, asyik serius 24/7 je.

No comments:

Post a Comment