Setibannya
dirumah,Lya Aisya segera bersiap-siap untuk menunggu adzan untuk menunaikan
solat Maghrib.Almaklumlah, sekolah sesi petang, takut terbabas pulak.Setelah
selesai menunaikan solat,Lya Aisya bergegas turun ke tingkat bawah untuk makan
malam bersama ibu dan ayah tercinta.
“Wah,sedapnya bau masakan ibu.Erm,
mesti sedap ni!”
“Eleh, macam tak biasa pulak dia.Ni
kan ibu, mestilah ibu masak sedap!”kata Puan Sharina bangga
“Hehe, lapar lah, ibu! Rasa macam
tak makan seminggu pulak!”kata Lya Aisya sambil tersenyum
“Aik,takkan lah Lya tak makan dekat sekolah
tadi?”tanya Puan Sharina sambil menghidangkan makanan.
“Eh, mana ada.Lya makanlah,Lya makan
sandwich saja.”jawab Lya Aisya
“Eh,
takkanlah makan sandwich saja? Ayah bagi duit RM10 tu beli sandwich
saja?Sandwich tu berapa ringgit?”sampuk Encik Rayyan iaitu ayah kepada Lya
Aisya
“Seringgit saja.Lepastu Lya belanja
kawan baru Lya makan karipap” jawab Lya Aisya dengan selamba
“Takpalah, jimat juga duit ayah kalau macam
ni.Seminngu ayah bagi sepuluh ringgit sajalah,takpa kan?”
“Ala,ayah ni.Takkan pasal tu pun ayah nah
berkira?”
“Macam mana ayah tak berkira, duit
tu ayah bagi untuk kamu makan.Bukan untuk kamu alas perut dengan sandwich.Lain
kali beli makanan yang berat sikit,barulah kenyang, berbaloi,tak mengganggu
time belajar.”
“hey,sudah sudahlah tu, tak baik
bergaduh depan rezeki.Nanti rezeki lari!” sampuk Puan Sharina
“Ibu masak sedap ni, takkan tak
terliur?” sambung Puan Sharina
“Eh, terliur,terliur , terliur.”kata
Lya Aisya dan Encik Rayyan dengan serentak.Lalu mereka bertiga menjamu selera
dangan punuh kenikmatan.Setelah itu,Lya Aisya pergi ke tingkat atas semula
untuk membuat kerja sekolah dan ulangkaji.Tepat jam 11 malam,Lya Aisya selesai
membuat kerja sekolah dan ulangkaji.Lya
Aisya terus baring keatas katilnya lalu termenung ke atas.Pabila mengingati
kisah hari pertama persekolahannya,Lya Aisya berasa benggang.Ya,bengang dengan
perangai Zul Ezairi.Tiba-tiba, Lya Aisya terfikir kan sahabat baiknya,Rina
Asnida. Lalu menelefon.
“Assalamualaikum Rina, kau sihat?”
“Waalaikumussalam, sihat.Nie
kenapa call aku malam-malam ni? Mesti
ada apa-apa berlaku time hari pertama sekolah kan?”
“Sebenarnya macam-macam berlaku
dekat aku disebabkan Mamat Poyo Perfect tu!”
“Hah, Mamat apa? Apa pelik benor
namanya?”
“Eh, takdalah.Itu aku yang panggil.Tapikan,aku
masih tertanya-tanya kenapa mak aku masukkan aku dekat sekolah pendalaman
tu.Terkejut aku bila tengok ada sebahagian daripada sekolah tu adalah kayu!
Tapi aku buat ‘don’t know’ saja sebab takut kena marah pulak bila cakap
camtu.hehe”
“Eleh Lya, ayat nak gempak saja.Kau
reka citer kan?
“Reka citer nenek hang! Aku cakap
jujur ni.Agaknya sebab apalah mak aku suruh aku
sekolah dekat situ.Elok-elok aku duduk satu asrama dengan kau, tup tup
pindah sekolah kayu.”
“Dah,dah la tu Lya.Kau lupa ke yang
kau cakap nak dengar nasihat aku yang kau nak sekolah dekat situ?’
“Aku tak lupa tapi..”belum sempat
Lya Aisya hendak menghabiskan ayatnya, Rina terus potong dengan berkata
“Tapi apa? Dah takda tapi,tapi.Kalau
dah cakap dekat aku kau nak buat apa yang aku nasihat haritu, buat sajalah.Tak
payah diungkit-ungkitkan lagi”
“Herm, yelah”Keluh Lya Aisya
“Tapi Myn, aku tak puas hatilah
dengan si Mamat Poyo Perfect tu!”
“Dah,tidur. Kalau aku layan kau
sampai esok tak habis. Kau takpalah sekolah petang. Aku pagi,nanti lau aku
bangun lewat takut orang yang sewa serumah dengan aku ni membebel pulak.Erm,
sabtu ni, nanti kita jumpa kat taman macam biasa,pagi.Sambil jogging nanti kau
bolehlah cerita dekat aku ye!”
“Ala, lama tu. Hari ni baru
isnin,nak kena tunggu sampai hari sabtu”
“Lama tak lama, kalau nak cerita
pergi. Kalau taknak cerita sudah.Bye,Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Lya
Aisya yang masih tidak mengantuk itu terus menggambil salah satu daripada
koleksi novelnya untuk dibaca.Begitulah Lya Aisya meluangkan masa lapangnya
dengan buku-bukunya sehinggalah Lya Aisya mengantuk.
Keesokkanya, seperti biasa pemandunya akan
menghantarnya di depan pintu pagar
sekolah.Lya Aisya berjalan menuju tapak perhimpunan iaitu tempat Myn Mardiana
berada.Sempat lagi melihat Zul Ezairi dan rakannya bermain bola.
“Aik, diorang ni awalnya datang?
Siap pakai baju jersey lagi.Semalam pun macam tu, tapi semalam dalam kelas si Mamat
tu pakai baju pengawas?Arh abaikan jela” bisik hati Lya Aisya.
Melihat
Myn melambai tangan terhadap Lya Aisya,Lya Aisya dengan segera pergi kearah Myn lalu duduk
disebelahnya.
“Hai! Awalnya Myn datang?”
“Eh,
takda lah. Myn memang datang macam ni setiap hari”
“Ouh,”kata Lya Aisya sambil
menganggukkan kepalanya
“Nah, tengoklah.Ini lah gambar si
Wana tapi dia tak pakai tudung.Tapi Myn still tak jumpa perbezaan antara Lya
dengan Wana dari segi rupa”
Lya
Aisya ambil gambar tersebut lalu ditenung.
“Betullah,muka dia mirip dengan Lya,
tapi…”
“Tapi apa Lya?”
“Tapi dia takda lesung pipit” kata Lya Aisya
sambil tersenyum
“Meh sini tengok muka kau, Lya.Cer senyum”
Lya
Aisya pun senyum.Lya Aisya melihat muka Myn berkerut kehairanan
“Takda pun lesung pipit kau,
Lya.Perasan ja”kata Myn Mardiana tidak puas hati
“Ish kau ni, aku tutup lesung pipit
aku dengan tudung la.Kau perasan tak aku pakai tudung bahagian tepi tu macam
kedepan?”lalu Lya Aisya segera menunjuk
lesung pipitnya itu.
“Ha’ah la.Pandai kau cover”
“Hehe.Erm, aku nak tanya something
boleh tak Myn? Kenapa si Eiz dangan geng bola sepak tu datang awal? Diorang
memang selalu macam tu ke?”
“Alahai,kau tak tahu ke?si Eiz tu
pemain bola sepak sekolah kita.sekarang ni dia wakil untuk negeri Selangor.Itulah
pasal dia datang awal, sebab dia nak practise.Lepastu,nanti bila nak masuk
kelas,pandai-pandai dioranglah nak tukar baju dan lain-lain.”
“Ouh macam tu.”
Kringg!
Loceng berbunyi menandakan masa untuk masuk kelas dan
belajar.Setibanya
dikelas,seperti biasa Lya Aisya akan meluangkan masanya dengan membaca novel
atau mengulangkaji ketika ketiadaan guru.Tapi, Lya Aisya tidak dapat menghayati
dengan sepenuhnya kerana kekhusyukkannya
telah diganggu.Pergh, mana tidaknya tak
khusyuk kalau kerusi Lya Aisya di tendang. Ditendang oleh siapa? Siapa lagi
kalau bukan Zul Eizairi.Lya Aisya tidak mengendahkannya
“Ouh,kau buat tak tahu ya.Siaplah kau Lya”
bisik hati Zul Eizairi.
Tiba-tiba
‘banggg!!’ bunyi hentakkan tangan Zul Eizairi di meja Lya Aisya.
“Ish Mamat ni, nasib aku tak kena
heart attack! kalau tak dah lama dah aku innalillah.Nasib baik dekat dalam
kelas, kalau tak dah lama dah aku sumbat kau dalam kotak lepastu aku post dekat
Africa! Baru aman hidup aku. Sabar Lya,
Sabar ”bisik hati Lya Aisya tidak puas
hati
Lya dengan segera bangun lalu berkata
“Awak ni dah kenapa? Tak habis-habis
nak cari pasal dengan saya!”orang disekeliling yang sedang melihat Lya Aisya
dan Zul Eizairi tidak di endahkan lagi.
“Dah tu, aku panggil kau buat tak
dengar ,kenapa?”
“Apa awak cakap, saya buat-buat tak
dengar? Macam mana nak dengar kalau panggil guna kaki! Sepak-sepak kerusi saya!
Apa yang awak nak sebenarnya?”
“Aku cuma nak bagi tahu kau budak baru, yang
hari ni kau bertugas bersihkan papan putih, tu saja!”
“Alahai, ni saja ke sampai nak sepak-sepak
kerusi orang.Apa hak awak nak suruh-suruh orang?” soal Lya Aisya
“Aih, takkan kau dah lupa.Aku kan ketua
kelas”
“Apa tengok-tengok? Pergi sambung kerja
masing-masing” kata Zul Eizairi kepada rakan sekelasnya yang melihat debatan
Zul Ezairi dan Lya Aisya.Lya Aisya yang malas melayan kerenah Zul Ezairi dengan
segera memadam papan putih tersebut.kalau dilayan juga,hilanglah sifat penyabar
Lya Aisya.Kalau hilang sifat penyabar Lya Aisya, habislah lebam-lebam badan Zul
Eizairi.
“Aik, aku rasa mula-mula masuk kelas
tadi papan ni dah bersih, kenapa pulak tiba-tiba ada tulisan? Ni mesti kerja si
Mamat Poyo Perfect tu.Kurang Ajar betul, kalau ikutkan hati mahu diajar saja
orang seperti Eiz ni!” Bisik hati Lya Aisya tidak puas hati sambil memadam
papan putih.
Setelah
selesai memadam papanputih,Lya Aisya segera duduk ditempat duduknya,sempat lagi
Lya Aisya menjelingkan matanya terhadap Zul Eizairi tanda sakit hati tadi masih
tidak hilang.
“Hoi Budak Baru,dengar lah ni aku nak
cakap” kata Zul Eizairi dengan nada yang perlahan
“Hermm.”balas Lya Aisya kemalasan
“Today,you
lose! Haha” kata Zul Eizairi dengan gembira
“Lya, jangan layan si Eiz ni, dia
datang bulan tu sebab tu lah tak betul”
Lya
Aisya hanya ketawa sahaja apabila mendengar Myn berkata begitu.Yela,mana
taknya,lelaki datang bulan?Funny
okay,funny.Perasaan amarah yang berbuak-buak hilang begitu sahaja apabila
mendengar jenaka Myn.Belum sempat Zul
Eizairi membalas, tiba-tiba cikgu datang.
“Bangun”kata Zul Eizairi.
Sesi
pembelajaran berjalan seperti biasa.Semuanya focus-focus.Yela, mana
tidaknya,kelas atasan.