Total Pageviews

Thursday, 24 October 2013

Kasanova Versi Dia : Bab 1




Shasha berjalan dengan gaya ala-ala model ke arah bangunan fakuliti perniagaan di Kolej Elit Antarabangsa yang terletak di Bangsar itu. Dia pandai menyusun atur langkahnya namun malang sentiasa tidak berbau. High hell kasutnya yang tercabut membuatkan dia hampir jatuh tersungkur dan nasibla seorang pemuda telah berjaya menyambutnya dari arah belakang. Semua siswa dan siswi yang kebetulan melihat adegan itu ketawa kuat. Bajunya yang baru dibeli di sebuah butik terkemuka pada beberapa hari lepas dibetulkan.

                ‘’cik okay ke?’’ soal pemuda itu. Shasha berpaling lalu menghadiahkan jelingan tajamnya kepada pemuda itu. ‘Dah la pakai cermin mata tebal, ada hati nak sentuh-sentuh aku’ hatinya mengomel.

                Jari runcingnya ditala ke arah dahi pemuda itu. ‘’you jangan nak perasan yang I akan ucapkan terima kasih kepada you di atas sebab you telah selamatkan I. I tahula taktik-taktik lelaki macam you ni yang selalu menggunakan helah bagi mendekati perempuan cantik macam I’’ suaranya yang lantang bergema di ruangan bangunan fakuliti perniagaan itu.

                Qaliff Irfan  terkedu, ‘eh minah ni, apasal pula nak menjerit-jerit macam tarzan pulak? Orang dah tolong bukannya nak ucapkan terima kasih tapi menjerit-jerit pula’. Qaliff mengatur langkah meninggalkan perempuan itu. Sebenarnya dia dah lambat untuk  mendaftarkan diri ke kolej elit terkemuka di Malaysia itu, ini semua kakak kembarnya punya pasalla, bangun tidur lambat!! Langkah diatur ke pejabat pentadbiran kolej yang terletak berhadapan bangunan fakuliti perniagaan itu, itula berdasarkan penerangan kakak kembarnya tadi.

Shasha tercengang apabila pemuda tadi terus berlalu meninggalkannya, kakinya dihentak kuat dan ditakdirkan buat kali keduanya dia terjatuh lagi pada pagi itu namun kali ini tiada lagi penyelamatnya. Sekali lagi ruangan fakuliti perniagaan itu bergema dengan ketawa para siswa dan siswa yang melihat  adegan itu, sungguh memalukan!!

@@@


                Daniel leka memetik tali gitarnya di ruangan atas fakuliti perniagaan itu, memang di setiap fakuliti ada rooftop masing-masing. Di sebelahnya pula terdapat muka monyok yang ditayangkan oleh Shasha sejak naik ke atas dalam setengah jam yang lepas.

                Daniel menghela nafas perlahan, dia sudah dengar cerita berkenaan sepupunya  yang menjerit memarahi seorang siswa baharu pada pagi tadi sewaktu dia berada di kafe. Kepalanya pula digeleng, tak tahu kepada siapakah yang harus ditegakkan keadilan, shasha ataupun pemuda itu?.

                ‘’cuba you jelaskan kepada I, what happen acctualy’’

                ‘’nothing happen’’    
     
                ‘’I dengar yang you marah sorang siswa baru’’ shasha menjeling Daniel. Bahunya diangkat.

                ‘’bukan salah  I  tapi dia! Apa sebab dia nak sentuh-sentuh I, I tak suka la, dah la pakai cermin mata tebal, ada hati nak sentuh I yang akan menjadi hak kepunyaan Daniel Muzzamir’’ Daniel mencebik, ‘siapala nak ambik perempuan macam kau ni jadi isteri’ kutuknya dalam hati.

                ‘’tapi I dengar yang dia tolong sambut you daripada terjatuh. You sepatutnya ucapkan terima kasih kepada dia, say thanks je pun dah cukup baik sebenarnya’’

                ‘’you!! Sejak bila you bela orang lain ni. Dah la semalam I ajak you keluar pun you bagi banyak alasan kat I, busy la, letih la, macam-macam alasan yang you bagi kat I walhal you tahu yang semalam birthday I.. I tak kira, I nak kita wish birthday I yang ke 23 tahun pada 27 April 2011 yang lalu iaitu semalam’’

                ‘’lain kali la’’

                ‘’I tak kira, hari ni juga, fullstop!!’’ shasha memeluk tubuhnya. Daniel menggarukan kepalanya. Alasan apa yang harus diberi agar dia dapat melepaskan diri daripada terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran wanita ini ?

                ‘’Jom kita pergi sekarang atau….’’ Senyuman sinis shasha membuatkan Daniel menggarukan lagi kepalanya.

‘’Kalau you tak nak pergi I akan report kat mummy you’’ ugut shasha.’haa, kan dah agak, mesti ni la ugutan minah gedik ni’ Daniel mengutuk dalam hati.

                ‘’Baiklah, I ikut you tapi sekejap je tau sebab malam ni I nak jumpa Mirul dan Hanif’’ kata putus diambil oleh Daniel walaupun dia tahu yang kata putus itu sungguh pahit untuk ditelan namun demi mummynya, dia sanggup. Mereka beriringan ke arah Mitsubishi Evo milik Daniel yang elok diparking di tempat meletak kenderaan kolej itu.

                ‘’shasha!’’ Laungan kuat itu membuatkan Daniel dan Shasha berpaling ke belakang. Kelihatan 2 orang gadis dengan gaya model berjalan ke arah mereka. Melihatkan akan gerangan itu Shasha terus mencebik.

                ‘’apa yang you dah buat dekat adik I? you memang kurang ajar kan?’’ Jari telunjuknya yang runcing ditala betul-betul ke arah hidung Shasha yang tak seberapa mancung.

                ‘’adik you? Sejak bila you ada adik and apa yang I dah buat dekat adik you?’’

                ‘’huh! Buat-buat tak tahu pula’’ Nelidya menyampuk.

                ‘’sejak bila you ada adik, ?’’ Daniel pula menyoal setelah berdiam diri dari tadi. Memang sudah lama dia tertarik kepada gadis ini cuma egonya menghalang. Kasanova versi perempuan ini benar-benar bahaya.

                ‘’Daniel, you tak payah masuk campur la.. nak back up shasha konon! I tahula yang you ni terpaksa melayan minah gedik ni sebab mummy you kan? Bukan I sorang  je yang tahu malah satu kolej ni. Siapa yang tak kenal dengan Daniel Muzzamir Dato Hassan? Jejaka handsem, budiman,  kaya, kiranya perfect la tapi……..’’

                ‘’anak mak’’ Nelidya menyambung ayat yang sengaja dibuat tergantung itu.

                ‘’excellent, Nell.. kalau I la yang jadi you, Daniel. Akan I cuba bantah arahan mummy you tu. Melayan perangai Shasha umpama melayan penghuni Tanjung Rambutan, you tahu tak? Tapi I tak tahu la kalau you suka dengan perangai Shasha tu..’’ Daniel sudah mengetapkan bibirnya, ‘biadap sungguh gadis ini! Dia belum kenal siapa Daniel Muzzamir Dato Hassan yang sebenarnya’

                ‘’so, you fikir yang you ni perfect sangat la’’ Shasha membentak berani.

‘’Memang I perfect pun and for your information, you langsung tak layak nak bersaing dengan I’’  Shasha mendengus kasar.Tangannya diangkat untuk menampar wajah namun tangan Qaisara yang lebih cekap mengenggam tangannya itu menghalang niatnya. Baru saja Qaisara mengangkat tangannya untuk menampar wajah shasha yang berani mahu menampar wajahnya yang lawa itu…..

                ‘’kakak!’’ Semua berpaling. Seorang pemuda berkaca mata tebal berlari ke arah mereka.

                ‘mamat tadi’ shasha membeliakkan matanya. ‘siapa pula kakaknya?’

                ‘entah-entah..’ Daniel menduga.

                ‘’apa yang akak buat ni?’’ Soal Qaliff.

                ‘’akak ada perhintungan yang nak dibuat dengan minah ni’’

                ‘’oh, inila adik you ya? Kesian, adik kakak rupanya’’ shasha menyindir sinis.

                ‘’watch out your mouth, shasha!’’

                ‘’Sudahla akak, jom la kita balik, tak ada gunanya berlawan mulut dengan minah senget macam ni’’ shasha tercengang. ‘dia kata aku minah senget?’

                ‘’Jom la kak’’ pergelangan tangan kakaknya ditarik.

                ‘’ingat shasha! Perhintungan kita tak habis lagi’’ sempat menjerit sambil mengikuti langkah adiknya. Neldiya hanya mengikuti dari belakang.

                ‘’kenapa you nak jolok sarang tebuan?’’ soal Daniel setelah kelibat , adiknya dan neldiya hilang dari pandangan.

                ‘’mana la I tahu yang tu adik dia’’

                ‘’itu la kan mamat yang tolong you tadi?’’ Daniel mahukan kepastian.

                ‘’betul la tu.. kakaknya up to date tapi adiknya pula berkaca mata tebal. Kontra gila’’ mulut shasha masih berbunyi tidak puas hati.

                ‘’sudah la shasha. Tak ada gunanya you berlawan dengan . dia boleh buat apa saja kat you. Ingat Shasha! sekali lagi you cari gaduh dengan dia, I tak akan masuk campur lagi’’ amaran keras diberikan kepada shasha. Dalam semester kali ini sudah banyak kali dia masuk campur dalam urusan dan shasha. Selalunya shasha la yang mulakan dulu.

@@@

Di banglo 2 tingkat milik Tuan Asyfan.

                ‘’mama’’

                ‘’hah, anak mama ni, sorang je? Mana kakak kembar kamu?’’ Puan Azlina menyoal setelah hanya melihat kelibat Qaliff seorang, tadi ada bunyi Volkswagen Golf-GTI milik anak perempuannya tapi di manakah anak perempuannya itu?

                ‘’kakak? Biasala kakak tu, ma. Entah bilala dia nak berubah’’

                ‘’date lagi? Dengan lelaki malang mana pulak kali ni?’’

                ‘’Entah, tapi Nell kata mamat tu anak menteri’’

                ‘’haish, mama tak tau macam mana nak kawal kakak kamu tu. Dia fikir semua lelaki sama je’’ Puan Azlina mengeluh kesal. Atas angkara arwah suaminya yang meninggalkannya pada 10 tahun yang lepas kerana ingin berkahwin lain dengan gadis yang baru berumur awal-20 an, prespeksi terhadap lelaki semuanya sama saja. Semuanya pantang Nampak gadis berdahi lincin, mulala nak mengayat. Sejak itu juga, Qaisara bertukar menjadi seorang gadis yang tega mempermainkan hati lelaki.

                ‘’mama jangan risau, kan Qall dah tukar kolej dah. Senangla Qall nak tengokkan akak tu’’ Izham memeluk mamanya. Dia sanggup bertukar dari Universiti  Utara Malaysia di Kedah ke kolej elit ini semata-mata untuk kakak kembarnya.


                ‘’Qall je harapan mama sekarang ni, tolongla bantu kakak kamu tu, mama tak sanggup tengok dia macam tu lagi’’ hanya pada anak lelakinya  itula satu-satunya harapannya sekarang ini.

Monday, 21 October 2013

Cinta Awal Hingga Akhir : Prolog



My Sweet Memory!!

Inilah kehidupan aku.. mesti korang tak percaya kan akan cinta dari darjah 1? semasa kita masih di bangku sekolah rendah, sewaktu kita masih merangkak mahu membaca, saat kita masih tidak mengerti apa-apa berkaitan dunia sebenar yang penuh dengan pancaroba!! Tapi, itulah cinta pertama aku, cewahh!! Tengku Nazril Syah Tengku Sehrom, seorang kanak-kanak yang berlagak sewaktu darjah 1 dahulu telah melamar aku dengan sweetnya….. oh, hati wanita manakah yang tidak cair dengan perbuatannya? Khabarkanlah kepada ku dengan segera. Akanku tunjukkan buktinya, akanku kemukakan hujahnya.. oh, saat ini seperti mimpi indah dan aku tidak mahu dikejutkan daripada lenaku tapi itulah realiti hidupku yang amat indah..

Bermula sebagai tutor kepada Tengku Nazliyn Ross Tengku Sehrom, anak kepada hartawan terkenal Malaysia. Waktu itu aku sedang bercuti semester selama 3 bulan di Malaysia, aku membuat keputusan itu kerana sudah lama aku tidak pulang ke Malaysia. Menjalani kehidupan sebagai tutor kepada Nazliyn yang tidak banyak kerenah membuatkan aku menganggapnya sebagai adikku sendiri. Ahh, rupa-rupanya Nazliyn merupakan adik kepada Nazril Syah! Aku sungguh terkejut dengan perkhabaran itu namun dalam terkejut itu juga terselit perasaan bahagia buatku..    Sikap Nazril terhadapku membuatkan aku rasa seperti dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku namun siapalah aku untuk berperasan sedemikian kerana dia lah jejaka Malaya, jejaka yang sudah tentu layak mendapat pasangan sepertinya juga.. namun, kehadirannya di Jordan untuk mencariku dan kejutan yang dipersembahkan olehnya kepadaku membuatkan aku bersyukur kepada yang Esa. Dia telah melamarku untuk menjadi suri hatinya pada malam hari berakhirnya sudah peperiksaan akhir aku.. Ahh, tak sabarnya nak tunggu 2 bulan lagi untuk kami diakadnikahkan.. Jomlah kita bersama-sama menghayati kisah kehidupan cinta awal hingga akhir yang akan aku persembahkan kepada kalian..

Terima lah, cinta awal hingga akhir: Nurul izzati+Nazril syah

Terima kasih,

Nurulizzati (17march2013)

Kasanova Versi Dia : Pengenalan


KASANOVA VERSI DIA

Lain orang, lain gayanya!!



Nantikan novel bersiri ini yang mengisarkan percintaan di alam kolej sehingga ke alam kerja. Dia merupakan kasanova versi wanita yang lain daripada yang lain. Amat digilai oleh semua siswa kolej tanpa mereka peduli akan balasan yang akan mereka terima setelah gadis itu berjaya mempermainkan cinta mereka namun sebaliknya pula bagi Daniel Muzzamir Dato Hassan. Baginya, gadis itu harus diajar kerana telah mempersendakan dirinya kerana dia terpaksa melayan perangai jelik Shasha a.k.a sepupunya hanya kerana bagi memenuhi permintaan mummynya yang 'teramat' suka kepada anak saudaranya itu. Pertemuan demi pertemuan membuatkan Daniel terus hanyut dibuai mimpi indah yang dicipta oleh Qaisara Irdiena. Akhirnya jerat yang dipasang untuk mengenakan  gadis itu telah pun memakan dirinya sendiri.

            ‘’You jangan mimpila.. I tak akan jatuh cinta dengan lelaki, never!!’’ Qaisara dengan beraninya menangkis kata-kata Iqbal yang mengatakan dia pasti akan jatuh cinta juga pada suatu hari nanti.

                ‘’I akan pastikan pada suatu hari nanti you  akan jatuh terduduk di hadapan I and hari tu juga you akan rasa bagaimana sakitnya penangan akibat cinta’’ Janji Azzam apabila kasanova itu berjaya mempermainkan cintanya.

‘’Semua lelaki sama je, masing-masing buaya! Pantang nampak perempuan berdahi lincin sikit, mulala nak menggatal’’ Qaisara tetap dengan pendiriannya. Tidak mahu berganjak walaupun sedikit.

                ‘’Awak harus faham betapa pentingnya cinta kepada lelaki dan awak juga harus berhenti daripada mempermainkan cinta tulus daripada lelaki kepada wanita yang dicintai mereka. Saya tak sanggup melihat awak menangis begini walaupun awak pernah mengotori cinta tulus yang saya telah hulurkan kepada awak dulu’’ Daniel Muzzamir berterusan memberikan nasihat kepada Qaisara tanpa jemu. Harapannya agar gadis itu sedar daripada terus mempermainkan cinta tulus milik lelaki-lelaki lain.

            ‘’Akak, Daniel betul-betul sayangkan akak, bukan sekadar sayang je tapi cintakan akak… Terima la dia, Qall percaya yang dia betul-betul ikhlas dengan akak’’ Qaliff Irfan memujuk kakaknya, kakaknya harus sedar sebelum terlambat. Kakaknya harus menghalang pertunangan itu. Daniel tidak cintakan Shasha! Bukan saja tidak cinta malah tidak pernah menyukai Shasha! Itulah hakikatnya.






Thursday, 17 October 2013

Sejak Dulu Lagi : Bab 1





“Ibu!, kenapa dalam banyak-banyak sekolah, sekolah yang itu juga ibu pilih…Lya taknak lah, dah lah pendalaman, jauh pulak tu ,sesi petang lagi. Lya takut takda kawan….”Lya Aisya merungut..
            “Kalau ibu kata pergi, pergi! Lya sayang ibu kan? Kalau sayang ibu jangan buat perangai macam ni..Tak pernah-pernah buat perangai tiba-tiba buat macam ni.”
            “Ibu hantar Lya dekat sekolah ni mestilah ada sebab, sebab Lya lah ibu buat macam ni” sambung Puan Sharina iaitu ibu kandung Lya Aisya
            “Okay lah, Lya faham…Lya pergi masuk bilik dulu ya..Assalamualaikum”
            ‘‘Waalaikumussalam” Jawab Puan Sharina sambil menggelengkan kepalanya.
Lya Aisya masuk ke bilik lalu mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa untuk hari pertamanya bersekolah menegah,iaitu hari yang ditakutinya.Lalu, Lya Aisya terus membaringkan dirinya diatas katil empuk yang bersaiz ‘queen’ itu sambil merenung keatas.Tiba-tiba Lya Aisya terfikirkan kawan baiknya,Rina Asnida. Lya Aisya bergegas mengambil telefonnya lalu menelefon sahabat baiknya itu.
“Assalamualaikum Rina,apa aku nak buat sekarang ni? Esok hari pertama aku pergi sekolah tu, entah macam mana rupa sekolah tu pun aku tak tahu.”
            “Waalaikumussalam, habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Telefon polis suruh mak kau batalkan? Macam tu?”
            “Kau ni pun, bukan nak bagi semangat dan dorongan dekat aku, kau patahkann lagi semangat aku..”
            “Yelah,yelah..Kau nak aku buat apa?’’
            “Aku just nak mintak pendapat kau jelaa, patutkah aku buat-buat senggugut ataupun buat-buat demam and tak larat? Yang mana satu lagi bagus?”
            “Astargfirullah,apa yang kau merepek ni Lya? Kau jangan buat kerja gila yang sia-sia,Lya. Lagi satu,tak baik tau kau menipu orang tua kau, berdosa! Tambah-tambah lagi mak kau Lya, kau nak jadi anak derhaka ke?Lya yang aku kenal bukan macam ni, Lya yang aku kenal patuh kedua ibubapanya”
            “Dah tu, aku nak buat macam mana, aku taknak pergi sekolah kalau takda kau! Kau macam tak tahu pulak, yang kita ni daripada kecil,sekolah tadika lagi pergi sekolah sama-sama.Tup tup, aku kena pindah sekolah, sekolah luar bandar pula tu!”
“Macam ni jela, kau dengar nasihat aku tau..bagi pendapat aku la, kau akur jela apa yang mak kau suruh, mesti ada hikmahnya kan?Pergi sekolah niat bukan sebab aku tau, pergi sekolah niat Lillahita’ala.Boleh? sambil tu dapat juga pahala”
“Erm, dengan satu syarat?Boleh”
“Apa syaratnya? Jangan bagi susah-susah Lya,naya aku. Aku bukannya anak orang kaya macam kau”
“Ish, takda maknanya, syaratnya adalah jangan lupakan aku tau!”
“InsyaAllah, selagi aku hidup, aku takkan lupakan kau”
“Okay, thanks kawan, nasib ada kau, kalau tidak tak tahu la apa jadinya”
“haha, okay la..Aku nak kemas-kemas barang  ni. Bye, assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” balas Lya Aisya lalu munutupkan telefonya…
Lya Aisya bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat fardhu Isyak sebelum tidur.Selepas menunaikan solat,Lya Aisya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Lya Aisya berjalan dengan penuh debaran.Melihat orang sekeliling,ada lagi yang sempat bermain bola sepak di pandang. Tiba-tiba, sebiji bola berhenti betul-betul dihadapan Lya dan datang pula seorang lelaki lalu berkata
            “Awak, tolong hulurkan bola  tu”
Dengan segera,Lya Aisya menghulurkan bola tersebut.
            “Ish, suka hati dia saja nak suruh-suruh orang.Nasib baik muka mamat ni handsome” Ngomel Lya Aisya dalam hati.
 Lya Aisya yang perasan lelaki tadi tiba-tiba terpaku dek melihat wajahnya,Lya Aisya terus beredar dari situ dengan segera.Ketika dia beredar, dia terdengar jeritan kawan lelaki tersebut
“Zul, cepatlah ambil bola tu! Apa yang kau termenung lagi”
            “Sekejap la!” kata lelaki tersebut
            “Oh, nama mamat ni Zul rupanya.Boleh tahan jugak” bisik hati Lya Aisya
Setelah selesai berurusan dipejabat.Lya Aisya dikehendaki mengikuti seorang guru untuk menunjukkan kelasnya.Lalu,cikgu tersebut  memperkenalkan dirinya kepada murid-murid. Degupan di jantung Lya semakin laju.
            “Lya, kamu duduk di tempat kosong tu, sebelah Myn.”
            “Baiklah , cikgu”
Lya Aisya segera duduk ditempat tersebut.Apabila melihat sekeliling,baru Lya perasan bahawa lelaki tadi yang menegurnya duduk di belakangnya.Sempat lagi menegur  Lya Aisya
            “Hai , nama saya Zul Eizairi,panggil saja Eiz”
            “Oh,hai.Saya Lya, Lya Aisya”
Dengan segera Lya Aisya melarikan diri dengan bersembang dengan rakan disebelahnya. Zul Eizairi temenung panjang.
            “Zul, apa yang kamu termenung lagi? Kamu lupa ke tugas kamu sebagai ketua kelas?” tegur cikgu
            “Maaf cikgu” lalu dengan segera mengucapkan salam. Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar.

Kringggg! Loceng sekolah berbunyi.Menandakan telah tiba waktu rehat.Kami berjalan bersama-sama untuk pegi ke kantin.Hrmm, boleh tahanlah, tapi kantin sekolah ni kecil.Macam full saja? Macam mana aku nak makan??
            “Myn, Lya rehat dengan Myn boleh??”
            “Ish, mestilah boleh! Erm..Lya,Myn nak cakap something boleh?”
            “Apalah,itu pun nak mintak izin..It’s okay.Hah, Myn nak cakap apa?”
            “Buat pengetahuan kau, Lya.Muka kau hampir sama dengan Bekas Teman Wanita ketua kelas kita, Eiz. Mula-mula aku pelik juga,kenapa awek Eiz sekolah sini,sebab haritu awek Eiz kata nak pindah sekolah.Rupa-rupanya, bila cikgu perkenalkan kau, baru aku tahu yang kau ni orang lain””
            “Eleh, Myn gurau saja kan?”
            “Ish,ada pula dia cakap macam tu.Aku Siriuslah wahai cik Lya Aisya”
            “Yeka? Patutlah setiap kali dia tengok muka aku saja, dia termenung.Rindu awek dia la tu”
            “Nanti aku bawa gambar awek dia.”
            “Hah! Lupa pula nak bagi tahu Lya, Nama Lya cantik. Cantik sangat time first-first dengar”
            “Betul ke? Thanks Myn.Nama Myn pun apa kurangnya,Cantik secantik tuannya iaitu Myn Mardiana.Ermm,okaylah.Myn nak beli makanan apa?Lya Tolong belikan?”
            “Takpa lahh, sekejap lagi Myn beli,Myn nak cup tempat duduk dulu”
            “Oh,Okay”
“Hrmm, nak beli apa ya? Rasa malas pula nak beli makanan berat.Hah, Beli sandwich sajalah..”bisik hati Lya Aisya
            “Acik, nie berapa” Tanya Lya dan Zul Eizairi serentak sambil memegang
 Sandwich yang sama..
            “Ish!” sungut Lya Aisya dan Zul Eizairi serentak.
            “Saya dapat dulu!” kata Lya Aisya dan Zul Eizari serentak
            “Acik!Saya yang dapat dulu kan??”sambungnya lagi
            “Ish, apahal mamat ni, aku nak roti ni dia nak roti ni jugak. Dalam banyak-banyak roti,kau sibuk pilih yang aku pilih kenapa?!” bisik hati kecil Lya Aisya sambil menahan marah yang berbuak-buak.
            “Erm, takpa lah cik, saya ambil karipap sajalah” kata Lya Aisya dan Zul Eizairi serentak sambil memeggang karipap yang sama
            “Awak ni dah kenapa,Eiz? Kenapa suka sangat tiru orang!” Jerkah Lya Aisya kerana tidak dapat menahan dengan kerenah Zul Eizairi
            “Eh, Aku pulak yang dipersalahkan?!” balas Zul Eizari sambil menunding jari kearah sendiri
            “Yela, habistu siapa lagi yang sibuk tiru saya?”
            “Amboi, amboi, amboi.Hei budak baru! Aku tak inginlah nak tiru kau.Setahu aku, Kau yang sibuk nak tiru-tiru orang. Aku tahulah yang aku ni handsome, bergaya, pandai, bertanggungjawab dan ketua pengawas pula tu. Tapi tak payah lah sampai nak tiru-tiru orang, lepastu tunding-tunding jari nak salahkan aku!” Balas Zul Ezairi
            “Ish, mamat ni punya perasan tak boleh ke laut lagi ke?”kata Lya Aisya sambil memperlahhankan suaranya
            “Apa kau cakap budak baru? Kau panggil aku Mamat? Suka-suka hati kau saja nak ubah-ubah nama orang. Nama aku dah cukup handsome dah macam aku yang handsome, bergaya, pandai dan bertanggungjawab ni. Kau pula pergi ubah jadi nama ‘mamat’ yang entah apa-apa tu!”Bidas Zul Ezairi
            “Eh,awak terasa ke? Awak, saya mintak maaflah, saya tiada niat pun nak cakap macam tu dekat awak.” Peril Lya Aisya
            “Eh Budak Baru, kau ingat aku bodoh ke? Aku tahu lah beza cara orang minta maaf dengan ‘Ihklas’ atau dangan cara ‘perli’ macam kau.Nasiblah kau ni perempuan, kalau tak dah lama dah aku tumbuk muka kau!”
            “Mamat ni fikir yang aku ni takut sangat ke dengan dia? Aku belajar karate laa… master tau.”Bisik hati kecil Lya Aisya
            “Awak, macam ni ke gaya ketua pengawas? Tak layak langsung. Adakah patut ketua pengawas nak tumbuk orang walaupun masalah tu sekecil zarah?ish tak patut, tak patut.”kata Lya Aisya sambil menggelengkan kepalanya
            “Apa? kau kata ni masalah sekecil zarah?! Apa kau fikir senang ke mak ayah aku nak cari nama yang handsome macam aku yang handsome, bergaya,pandai dan bertanggungjawab ni?” bidas Zul Eizairi
Lya Aisya yang malas melayan kerenah Zul Eizairi dengan segera mengambil sandwich dan karipap yang direbutkan tadi. 
            “Acik,nah duit untuk roti dan karipap” kata Lya Aisya sambil mengangkatkan sebelah keningnya pada Zul Eizairi tanda Lya Aisya sudah menang.Ya, menang dalam dunia rebut ‘Sandwich dan ‘Karipap’!. Geli hati Lya Aisya apabila melihat Zul Eizairi terngaga kerana terkejut, tetapi perasaan tersebut tidak ditunjukkannya.Cover Lya, Cover..
            “Hoi Mamat Poyo Perfect! Tutup mulut awak nanti masuk lalat..Awak,1-0..sya menang” perli Lya Aisya
            “Oh, takpa kau budak baru. Ada lori ada bas, Ada hari aku balas” kata Zul Eizairi tidak puas hati lalu membeli makanan yang lain.
            “Lya, kau okay ke? Kenapa beli lama sangat? Risau aku” kata Myn sambil menarik tangan Lya Aisya.
            “Oh, aku okay je.Ambil lah karipap ni, aku belikan untuk kau. Tu yang lama sikit tu”
            “Oh, ye ke.. Terima kasihlah banyak-banyaknya.”
            “Sama-sama.Alah, benda kecil saja.”kata Lya Aisya tersenyum manis
            “Oh,Lya..Lupa pulak nak bagi tahu kau nama awek Eiz.Nama dia tu Wana.Tapi, ada sikit sahaja perbezaan antara kau dan dia.”
            “Apa dia?”
            “Tapi aku tak perasan lah apa yang membuat kau dengan dia berbeza.Tapi serius ada something yang berbeza tapi aku tak perasan,hehe”
            “Ish kau ni , baik tak payah cerita.Cerita bukan main lagi.Tak apa,Myn cari lah sampai jumpa apa perbezaan Lya dengan  Wana ya.I’ll wait for it”
            “Okay,hehe.Aku ada dengar nada ‘perli’ tadi.Kau ada dengar tak?”
            “Amboi, dalam diam kau pun peril aku juga..”
            “Eh,eh mana tahu ni?”
            “Cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja.Loceng rehat sudah berbunyi.Lebih baik kita pergi kelas”kata Lya sambil mengikut rentak lagu Cukup-cukuo sudah.

Tepat pada pukul 6:40 petang,tiba masa untuk Lya Aisya dan rakannya pulang. Ya,pulang dengan perasaan bengang.Bengang terhadap lelaki yang bernama Zul Ezairi kerana sempat lagi berkata
            “woi, budak baru! Kau ingat. Aku yang handsome, bergaya,pandai dan bertanggungjawab ni masih tak puas hati dengan kau. Mungkin ni aku baru bagi peluang dekat kau. Sebab itulah kau dapat mata 1dan aku pulak kosong dan mungkin ni hari kau.Tapi esok lusa mesti hari aku pulak”
            “Apa-apalah Mamat Poyo Perfect”
            “Apa?! kan aku dah cakap..Aku tak suka bila orang suka suka hati saja tukar-tukar nama orang! Kau tak faham lagi ka?
            “Eleh, kau ingat aku takut sangat ke dengan kau? Setakat nama saja pun. Lagi pun , yang kau panggil aku Budak Baru boleh pulak?!”
            “Apa kau cakap Budak Baru?  ‘Nama saja’? Aku ni jenis yang menghargai kedua ibu,bapa. Mereka berdua dah bersusah payah nak cari nama sehandsome aku.Sebab itu lah aku ambil serius pasal ni. Lagi satu, Kau cakap aku ubah nama kau? Aku tak ubahlah, tapi kebenarannya kau memang budak Baru di sekolah ni.dan kenyataannya kau tu baru saja sehari.Aku ulang sekali lagi, kau tu baru sahari,sedar lah sikit!”
“Dah? Dah habis cakap? Kalau saya tinggal awak saya risau awak jadi gila pulak.Yela, cakap sorang-sorang”kata Lya Aisya dengan muka yang penuh dengan gaya selamba
“Bye!” sambung Lya Aisya sambil berlari meninggalkan Zul Ezairi lalu pergi ke pemandu keretanya yang tercegat menunggu itu dengan segera.
“Hei Lya! Aku tak habis cakap lagi la!” jerit Zul Eizairi
Lya Aisya dengan segera masuk ke dalam perut kereta mewah BMW  itu lalu membuka tingkap kereta dan masih sempat menjerit lagi kepada Zul Eizairi.
                        “Bye Mamat Poyo Perfect! You lose! haha” sambil melambai dan menjelir lidah menunjukkan Lya Aisya menang sekali lagi.

Setibannya dirumah, Lya

Sejak Dulu Lagi :Prolog


   Kisah cinta dua insan sejak dahulu lagi,iaitu ketika Alam Remaja sehinggalah ke Alam Dewasa..
Muka Lya Aisya yang seakan-akan muka BEKAS Teman Wanita Zul Eizairi telah menarik minat Zul Eizairi untuk berkenalan dengan Lya Aisya.
Lya Aisya yang naik muak dengan dengan perangai Zul Ezairi yang sering memuji serta bangga terhadap sendiri telah memberi nama gelaran KHAS buat Zul Eizairi, iaitu MPP, iaitu singkatan untuk Mamat Poyo Perfect !!



-“Takkan lah aku jatuh cinta dekat MPP Tu?! Ini tak boleh jadi ni! Ini dah kira KRITIKAL!!! Kenapa mesti kau wahai encik MPP?!! ”bisik hati Lya Aisya



-“Kalau lah aku dapat menjadi buku-buku kegemaranmu, dapat ku luangKAN setiap masa bersama mu serta dapat mendampingi mu…….”bisik hati Zul Eizairi

Namun, setelah berpisah kerana Zul Ezairi terpaksa melanjutkan pelajaran keluar negara, Lya Aisya tidak sempat untuk bertemu dengan Zul Eizairy untuk mengatakan hasrat hatinya..
Apakah yang akan berlaku setelah mereka berdua tamat melanjutkan pelajaran? Adakah Zul Eizairi masih mencintai Lya Aisya seperti dahulu atau sudah berpunya?
 Mari Baca untuk mengetahui kisah selanjutnya!